Jom Bace !


Kasih Abadi Sentuhan Nurani

Saturday, January 29, 2011

Yang Lalu Pasti kembali


Sahabat ini yang bersama2 dengan saya sepanjang perjalanan memusing kuala Terengganu..Syarah
Tempat Kali Terakhir kami Berjumpa

Antara nisa' yang bersama2 ana

Masjid Kristal

Masjid Putih tempat kami berehat dan menunaikan perintahMu

Abc TTI

Bersama Adik2 SMAKL


Hujan rintik2 membasahi bumi..saya bersendirian merenung pandangan ke luar kereta..fikiran saya melayang berpusing2 kembali kenangan yang lalu..mmg hajat ana nak tulis post bila dah 2 minggu meninggalkan JDK...malam tadi ana tgk group alumni JDK..rupanya ade da seorang syabab ( penghulu ) dari JDK timur post pasai JDK selepas 2 minggu berlalu,.kenangan demi kenangan bermain di dalam fikiran..bila merenung jalan raya tadi terimbau kembali kenangan ketika mula bertolak pergi ke Besut..
kemana-mana pergi pun, JDK masih x dapat saya lupakan.

MENGAPA ?????

kerana ,
bagi saya ukhuwwah antara kami begitu erat dan tiada yang dapat meleraikannya..sedar x sedar..sudah sebulan 7 hari kami bersahabat..kenangan kali pertama bersua muka, bertegur sapa tidak akan saya lupakan..antara seorang demi seorang saya masih mengingati daripada awal kami bertegur sapa..senyuman yang manis dan ucapan salam cuba saya berikan kepada sahabat2 yang hadir di ILIM Besut pada hari pertama.mungkin ada yang membalas dengan buat x endah,ada juga yang berikan senyuman manis sambil menjawab salan saya..tapi, itulah saya..kenal atau tidak, itu x menjadi masalah bagi saya untuk bertegur sapa walaupun mulanya agak kekok..

apa agaknya yang sahabat2 ana buat masa cuti panjang ini, ??
ada yang sedang bekerja, ada juga yang menjadi pengangguur setia di rumah dan sebagainya namun ianya tidak menjadi masalah bagi kami untuk saling menghubungi...saya juga ingin memohon maaf kepada sahabat2 nisa' saya ..SMS anda semua saya selalu balas lewat kan?? maaf ye ! asif jiddan..saya ni jarang pegang phone kalau di rumah..kalau keluar rumah lak saya silentkan..masuk kerja katekan..tapi kalau yang telefon 2 insyaaallah buat masa ni saya masih menjawabnya kan2.

Kenangan ketika berada di ILIM saya sudah menceritakan dahulu walaupun tidak semuanya saya ceritakan..kini saya ingin mengimbau kembali kenangan ketika separuh dari kami bersiar2 di Kuala Terengganu..Jam menunjukkan pukul 1.30..kami bergerak dari Ilim tanpa pengiring daripada fasi mahupun kem komanden...semuanya sedih,sayu kerana terpaksa meninggalkan tempat yang banyak meninggalkan 1001 kenangan bagi kami,,ianya sangat bermakna !! sehinggakan sampai kini kami x dapat melupakannya !!

Kira2 Pukul 2 Lebih kami singgah di sebuah masjid yang terletak di tepi jalan..kami semua menunaikan perintah Allah..rupanya Allah telah susun segalanya..kami berjumpa dengan kak nadiah , kak atiqah halim dan kak lalila ( kakak2 dari maktab perguruan -ex smik- yang selalu menjenguk dan memberi buah tangan kepada kami ketika di ILIM )..seusai menunaikan perintah Allah, kami meneruskan perjalanan..

Tika didala bus, saya memasang lagu mars Haluan ( tidak terlalu kuat )..sahabat2 ku kian semangat dan ana begitu teruja pabila seorang daripada syabab mengahunkan tangannya ( seperti di JDK )..Masyaallah ! semangat JDK masih membara..kami sampai di SMAKL ( sek men agama kampung Laut )..setelah penat berkenal kenalan dengan adik,kami menuju ke Homestay kami..dari luar macam rumah kampung.bila masuk dalam,Subhanallah ! cantik ! rumah yang begitu besar dan selesa..bilik yang dilengkapi dengan air-cond..syukran kami ucapkan kepada pokcik dan mokcik yang tolong bayarkan..

Keesokan harinya,kami memulakna perjalanan kami ..destinasi pertama yang kami tuju ialah Muzium..kami ada masa selma 2 jam x silap untuk pusing muzium ni ,depa kata pusing muzium ni dalam masa 2 jam mesti x habis..saya ni bukannya suka menelek2 apa yang terkandung dalam muzium tu..so saya n syarah memulak pengembaraan kami dengan menaiki tingkat terts sekali..kononnya nak pusing tempat yang x ada orang pi dulu.pusing punya pusing..dan akhirnya kami menjadi orang pertama keluar dari muzium tersebut.kami keluar dan duduk dekat luar tu sambil2 makan keropok ( hadiah hamper dr JDK )..ada kisah yang lucu didalam muzium..tetapi biarlah ianya menjadi kenangan didalam hati ini.

selepas itu kami mendapat arahan dari pok cik Zahari untuk berjalan kaki menuju ke Tamadun Taman Islam yang lebih dikenali sebagai TTi..saya dan syarah punya la semangat berjalan..walaupun kami dari Mata ayer,Perlis dan Kuala Lumpur..kami jalan punya jalan walaupun x pernah pergi..singgah tepi jalan tanya sorang mokcik ni..anak dia cakap terus lagi..peluh kian membasahi muka, saya kalih muka ke belakang,dengan perasaan yang hairan.Syarah tanya saya " Aliah mana yang lain?? x nampak pun.. "..saya pun jawab." belakang gi kot..sat gi nampak la depa 2"..tiba3..pon..pon..rupa2nya depa naik bus..x aci ! geram dan malu !! pok cik bus 2 suh kami naik..mulanya kami mmg hajat nak naik..tapi x jadi ..kami suh je pok cik 2 jalan..memang semua nisa' pelik..ade jugak nisa' dalam bus tu cakap kat kami yg depa dengar ade dikalangan syabab ckp kami nak tunjuk kuat,tolak rezeki..biar saya jelaskan kenapa kami x naik bus..

1) nak aplikasikan modul kecergasan di JDK dengan berjalan kaki
2)malu nak masuk bus coz kami yang paling depan sekali..macam semangat pun ade
3)bila berjalan kaki x terasa penat

sedang kami berjalan..dah nampak pintu gerbang dah, nak sampai la ni..tiba2 telefon saya berbunyi..Aini call rupanya.." Aliah, mu nak taw dok jauh lagi nie..kecian kat mu n syarah..knp x nak naik tadi..?" " jauh?? x pala..nak wat gano,jalan jela"... jauh lagi rupenya..tp nak buat mcm mana..jalan jela..sampai2 kat TTI, nak masuk kne bayar tiket..paling murah rm14..bila fikir2 balik,baik x yoh msauk .dok luar lagi bez..ana dan syarah pon pi restaurant dekat sana..diikuti dengan seha dan diba..kami makan nasi dagang,abc dan ice lemon tea..mahal ! tapi kami ade seorang sahabat yang baik hati .Siti Syarah Sharimi belanja kami..kemudian kami pun pi main dekat taman permaianan..

setelah jam menunjukkan pukul 1.30..kami semua meneruskan perjalanan ke Masjid.pi bandar dia..selepas menunaikan perintah Allah..ana,syarah,wani dan aini keluar pi makan dekat stesen bus..tiba2 Asma',aisyah, atikah call ana.."Aliah,kami gerak dulu ye..nanti ampa semua pi pasar payang sendiri boleh?" ( semuanya berkata begini),..baik sungguh sahabat2 ana..depa just cakap pasar payang berwarna pink..

selepas perutt kami sudah diisi dengan makanan2 yang enak belaka,kami meneruskan perjalanan kami.." mana la pulak pasar payang ni Aliah,jauh dah ni" kata Syarah .." mana la ana taw, ana mana pernah pi pasar payang,yang ana taw wane pink je,"...dipendekkan cerita,jalan punya jalan akhirnya kami menjumpai bangunan pink yang dikhabarkan tadi..ana habaq kat kawan2 " Tu dia bangunan pink,sampai juga akhirnya"..tengok2 PEJABAT POS da ! ! sala tempat pulak..syarah sudah keletihan.kami bertanya dengan seorang pokcik sana,pokcik 2 kata kami x sesat juz jalan lagi sikit kedepan..Alhamdulillah,kami sangkakan kami semua dah sesat..
Akhirnya kami berjumpa dengan aisyah dan fatonah..aisyah nak hantar fatonah balik..

Sampai kat pasar payang ,saya pulun pusing pasar payang ..syarah punya la shopping sakan..kami berdua hajat beli beg untuk letak barang2 ( malas nk pegang banyak barang naik bus )..saya pun beli la beg yang sama dengan syarah..sesampai di masjid bila bukak beg tu..Tu dia ! besarnye beg ! bila kami semua nak balik menuju ke masjid, baru saya dan syarah perasan yang jalan kami jalan 2 jauh daripada jalan yang depa semua jalan..entah berapa kilometer pun saya x pasti.

kami terus menuju ke Lagun selepas itu..di sana , selepas bertangkap gambar, masing2 duduk bersendirian..fikiran semua melayang..bagi saya, saya teringat dengan kawan2 dan suasana di ILIM..rasa sedih nak meninggalkan Kuala Terengganu..ade antara kami yang menitiskan air mata..begitu sayu sekali suasan itu..

Malam sudah menjelma !.seorang demi seorang meninggalkan kami..masing berpelukan,meminta maaf,bersalaman,mengenggam tangan dan semua mengalirkan aor mata perpisahan..ada yang menarik tangan ana dengan erat x nak dilepaskan..hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya kami ketika itu..pabila sampai di stesen bus..kami mencari2 sahabat2 kami yang sudah berada di dalam bus..ada yang keluar mendapatkan kami..berpelukan dan berjabat tangan buat kali terakhir.Ainul,syarah,khaulah,anis,fadillah,nawal,fasihah ...mereka lah antara yang berada didalam bus,.

Ketahuilah wahai sahabatku..perpisahan kita tika itu bukanlah kali terakhir..yang lalu itu pasti akan kembali lagi,insyaallah !! moga2 Allah menjaga tali persahabatan kita ini..amin..

1 comment:

hamba allah said...

moga Allah mnjaga hungan ini smpi ke syurgaNya...