Jom Bace !


Kasih Abadi Sentuhan Nurani

Tuesday, March 1, 2011

Kem Kepimpinan SRIKG

Mereka di Checkpoint Titian Sukar

Jazakallah khairan kathira buat Ust Khairan

Menunggu azan subuh

Ukhuwwah antara peserta dan faci

Tekun mendengar bengkel yang dikendalikan oleH Ust Khairan

Kolam yang telah sedia ada

Menunaikan solat zohor

Sebelum makan kena beratur ;)

Kem yang berlangsung di Camp Resort , Ulu Yam Selangor.. ( 26-27 FEBRUARI 2011 )

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah !!!

Bersyukur kehadrat Ilahi dgn limpah dan kurnianya dpt lagi saya dan rakan-rakan bersama2 membantu sekolah LAMA kami yang penuh terbiyah ini..

Jam menunjukkan pukul 11…peserta seramai 40 orang.20 L dan 20 P..fasilitaor 6 orang sumenya..3 ustaz praktikum iaitu Ust Mustofa, Ust Zulkarnain dan Ust Muhsin ..3 kawan seperjuangan iaitu Aliah , Wan Nadhirah dan Izyan Nawwarah..adik2 seorang demi seorang datang dengan senyuman serta harapan terhadap kem ini..pagi-pagi hati ini perlu di ikhlaskan serta niat dengan niat yang betul..Setelah 30 minit menunggu kedatangan adik2 ,Alhamdulillah semuanya telah menghadirkan diri..

Bergeraknya kami 3 fasi - kawan seperjuangan sejak dari SRIKG - menaiki kereta yang di pandu oleh Cikgu Asiah sambil ditemani oleh cikgu Norizan..Perjalanan yang mengambil masa selama 40minit..Alhamdulillah sampai juga kami ke Camp Resort walaupun adik2 telah lama sampai dahulu..Kami diberi taklimat oleh Pak Ngah dan juga Guru Besar SRIKG,Ust Fauzi Naim..Selepas mengisi perut masing-masing dengan hidangan lauk yang cukup menaikkan selera adik-adik,kami bersama-sama menunaikan solat Zohor berimamkan Ust Mustofa ..Alhamdulillah semua telah berjalan dengan lancar..

Adik-adik semua bagaikan cacing kepanasan semasa Ust Zulkarnain memberi taklimat aktiviti seterusnya iaitu MANDI SUNGAI selama 2 jam 30 minitnampaknya adik2 begitu bersemangat sekali bukan sekadar peserta2 malah fasilitator mereka juga sudah tidak sabar2 hendak terjun ke dalam sungai.Separuh mandi di sungai manakala separuh lagi mandi di dalam kolam bersebelahan dengan dewan..Alhamdulillah , kemudahan yang diberikan terlalu baik..

Mulanya hendak mengawal adik2 Nisa’ amatlah sukar ..Hakikatnya Adik2 Nisa’ lebih aktif daripada adik2 syabab dari segi segalanya..kami bertiga cuba berfikir bagaimana mahu mengubah adik pemimpin ini..Dari segi kerjasama , tingkah laku dan sebagainya..kami sentiasa bersembang dan mendengar masalah daripada adik2 kumpulan kami dan memberikan jawapan yang terbaik buat mereka..Barulah saya faham masalah adik2 pemimpin ini..Insyaallah semuanya baik2 adik2 ku !! Moga Allah memberkati antum semua..

Kehadiran Kem Komanden kem ini, Ust NoorKhairan Noordin ( Pensyarah Kolej Komuniti Sabak Bernam dan juga Ustaz kami ketika di Ibn Kathir) bersama 2 kawan ust , Khafifi dan Muhaimin..setelah kami ,Fasilitator diberikan Briefing dari Ust Khairan , kami semakin bersungguh-sungguh untuk membantu adik2 kami ini..Malam sudah menjelma..Adik2 didedahkan dengan pengisian yang amat berguna dalam bengkel Kursus Kepimpinan yang diberikan oleh Ust Khairan..Syabas buat adik2 semua..tiada seorang pun yang mengantuk !! semuanya segar dan memberikan tumpuan yang terbaikk..selepas selesai bengkel tersebut, adik2 diarahkan untuk duduk di dalam kumpulan dan memikirkan nama ,ketua dan kata semangat bg kumpulan..

Selepas selasai supper, kami semua mendirikan solat witir sebelum melelapkan mata..sebelum tidur,kami memantau adik2..kadang2 nak tergelak tengok adik2 yang ketakutan ..ada yg bace al-mathurat ( walaupun dah tengah malam ) , bace doa 3x ulang ..bila kami suruh tidur semuanya sambung baca doa..Lama kelamaan suara mereka tenggelam dek angin malam..Kami bertiga menuju ke chalet untuk melelapkan mata.Alhamdulillah aktiviti hari ini sudah selesai , Moga Allah menerima amalan kami sebagai salah satu ibadah kepadaNya.

Pukul 5 pagi, Tugasku belum selesai..Ketika kakiku melangkah keluar untuk mengejutkan adik2 tidur, Niat kena pasang dan betulkan keranaNya..Moga segala amalanku diterima Allah dan moga2 Allah permudahkan urusanku hari ini..Alhamdulillah, mengejutkan Adik-adik SRIKG bukanlah salah satu perkara yang sukar, begitu mudah mengejutkan mereka..Udara pagi yang segar,Alhamdulillah begitu besar nikmat yang Allah kurniakan kepada Hambanya.Sementara menunggu azan Subuh berkumandang ,kami diperdengarkan dengan ayat2 suci Al-quran..ketika surah Qiamat bergema didalam dewan, begitu bergetar jiwa , menusuk ke dalam kalbu..

Aktiviti mereka pagi2 ini ialah riadah,Outbound game dan Fear Factor..Alhamdulillah semuanya sudah berjalan dengan lancar..kami telah diberikan penerangan oleh Ust Khairan berkenaan dengan checkpoint masing2..Antara checkpoint yang sedia ada :

1 : Jambatan Manusia ( Izyan )

2 : Gula2 didalam Ulat ( Muhsin )

3 : Soalan tarbawi + katak & Cengkerik ( Zulkarnain )

4 : Belon Harapan ( Wan )

5 : Belut & batu emas,batu perak ( Mustofa )

6 : Titian Sukar ( Aliah )

Alhamdulillah , program semuanya telah habis dengan lancar.Moga2 Adik2 dapat pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan dan dapat membimbing adik2 di SRIKG dan moga2 segala usaha2 kami di kem ini menjadi salah satu ibadah kepada Allah.aminn

p/s buat Adik2 SRIKG :

gambar2 ana dah upload dalam fb ana..bole ambil la ye !

2 comments:

amirah syahida said...

great aliah..rndu time2 kat SRIKG..
seronok nye diorang..

Aliah Abdullah Sani said...

btol 2..mereka bertuah kerana zaman mereka adanya kem seperti ini !! rindu zaman kita kecik2 dulu !!