Jom Bace !


Kasih Abadi Sentuhan Nurani

Tuesday, March 29, 2011

Terdetik Seketika ~

p/s = sebelum baca n menikmati post saya kali ini ..saya ingin berkongsi gambar2 yang sedia ada ini supaya anda semua dapat membayangkan cuti2 saya yang penuh keBAHAGIAan ini ~ ;)

Ammar Zulkarnain ( rindu gelagat anak kecil ini -dia berada di Mekah sekarang )

Rifa haziqah & rifa hazirah ( kembar yang comel )
Ukhuwwah yang terbina persis sekuntum bunga


KeGIGIHan yang terserlah ;)


Buku2 ini yang perlu saya habiskan sehari ( mengajar membaca )


Maz RatuL Nisa' ;)


Zaid bersama kucing yang mempunyai nama yang pelik ;)


Sempat berposing bersama Khaidir ;)


Aliff yang sentiasa menceriakan hari yang berlalu ;)


Zainal dan Aqil yang always mengacau kami ketika sdg mengajar ;)


mereka darjah 4 ;)


video


Dengan namaMu , saya menulis dengan penuh pengarapan kepadaMu Ya Allah..moga ianya menjadi salah satu ibadah kepadaMu..


RAUDAH IBN KATHIR & SEKOLAH RENDAH IBN KATHIR ...


kedua2 itu merupakan salah satu institusi pendidikan di area Gombak ini..dan tempat inilah merupakan tempat yang banyak mendidik hati ini sejak kecil lagi..walaupun sekolah ini tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap..tetapi ia berjaya melahirkan pelajar2 yang berjaya seimbang dunia dan akhirat, ianya juga dapat melahirkan pemimpin2 yang hebat ..insyaallah..


Sekolah dan juga tadika inilah yang menjadi tempat untuk saya menaburkan jasa sementara menunggu panggilan kemasukan ke IPT..Masyaallah , melihat muka2 mujahid kecil ini menjadikan hati saya tenang..melihat kegigihan mereka untuk menuntut ilmu menjadi satu batu loncatan untuk saya meneruskan pengajian..


Guru-guru ,Pelajar-pelajar yang berakhlak mulia serta ramah mesra dengan sesiapa yang mengunjungi sekolah ini membuatkan hati ini seperti sayu ingin meninggalkan tempat ini..


Raudah Ibn Kathir


Setiap hari , seawal jam 7 Am saya sudah memulakan perjalanan menuju ke tempat didikan anak soleh ini..Sebelum melangkah keluar rumah , niat hati perlu sentiasa dijaga .. Moga Allah permudahkan urusanku dalam mendidik anak2 mujahid kecil ini..sehari x berjumpa dengan mereka , akan terbit rasa rindu di dalam hati ini.


Setiap hari mengajar mereka membaca , bermacam,berbagai ragam dan aksi2 yang melucukan hati kecil ini. begitu bahagianya duduk di tadika ini..Moga2 Adik2 mujahid ini yang bakal memimpin dunia kelak..insyaallah


Sekolah Rendah Ibn Kathir



video


Sekolah ini sudah bertahun teguh ..Murabbi2 juga tidak jemu2 mendidik dan memberikan tarbiyah kepada adik2 Ibn Kathir ini.Musim cuti ini, hidupku juga terasa bahagia kerana dapat bersama dengan adik2 Ibn Kathir..mengimbau kembali kenangan ketika saya menuntut ilmu di sekolah ini..Adik2 Ibn Kathir begitu baik sekali ,,sugguh sporting..


Mengajar di Ibn Kathir bukan perkara yang susah !! ianya akan menjadi mudah jika kita betulkan niat kerana Allah ;') . Bahagia mengajar mereka membaca ( adik2 drjah 1 ) ..walaupun ianya dinamakan kelas pemulihan tetapi bagi saya mereka sudah pun dapat menguasai apa yang diajar .. Semangat belajar yang ditunjukkan juga begitu menenangkan jiwa sang pengajar ;) .. mengikuti Program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah juga begitu seronok dan menghiburkan hati ini..terima Kasih Sekolah ;)



= Sekadar berkongsi apa yang saya lalui cuti ini..Moga ianya menjadi salah satu ibadah kepada Allah..insyaallah


mencari cinta Ilahi93~


11.19 PM 29/3/2011


Teratak Indah ASM

Sunday, March 27, 2011

ALHAMDULILLAH ..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH ~

salam..sebelum saya menulis , saya nak kongsikan sedikit gambar yang saya rindu !! saya rindu nak belajar di SMIK semula .
Akaun..Akaun ..dan akaun..

Math..math dan math..
Tuisyen petang dgn Ust Adni


Rindu belajar bahasa arab


buku nie yang saya sempat capai utk dibuat tatapan bersama


( SMIK tercinta !! 1001 kenangan di situ )

22/03/2011 .. makin berdebar2 menunggu hari esok ~ apakah akan berlaku hari esok ?? bagaimana result kami semua calon2 SPM 2010 ?? semuanya mnjadi persoalan dalam kepala..Moga perjalanan hari esok berjalan dengan lancar ( suara hatiku ) . Kalau mengikutkan hati , saya x mahu pergi menjejakkan kaki ke sekolah esok walaupun sahabat2 saya memujuk ,mengajak . Bila dapat mesej daripada wani yang mengatakan Mudir mahu berjumpa dengan semua batch kami, saya cuba mengagahkan diri untuk ke sekolah

23/03/2011 Pagi2 mata sudah segar bugar .. siapa yang tidak berdebar hari itu mungkin agak pelik..setelah menatap ayat2 Allah, hati ini mula tenang..insyaallah semuanya berjalan dengan lancar..Hati x senang menunggu pukul 10.30 .Tiba2 masuk mesej daripada k.Adzkia' ..Kata2 nya menjadi sebagai satu motivasi buat diri ini..mungkin masih sempat untuk terus melakukan solat dhuha dan solat hajat bagi menenangkan diri yang sentiasa resah..Setelah melakukan segala kerja2 di rumah , tangan ini mula membuka r FB, membaca status cikgu Mas " Alhamdulillah..gembira x terkata ..time kasih pljar2ku ..dan tahniah..ramai yg skor ;) " .. berdegup laju jantung ini..sempat menelefon Aisyah Nazri ..kami bersembang tentang perasaan yg sedang dilanda kerisauan..Alhamdulillah setelah mendengar2 nasihat daripada kamu Aisyah , hati ini sudah bersemangat.. Ketika mahu menjejakkan kaki ke luar rumah bersama Abangku, Abdul Azim .. Ada panggilan dari Aisyah Nazri.. dia beritahu tentang result yang sudah keluar dan keputusan ku juga sudah diketahui..Masyaallah time tu ,hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya ingin mendengar ujian dunia, baru ujian dunia ,belum akhirat lagi kan..Aisyah memberi tahu keputusannya , MABRUK AISYAH !! tahniah !! tubalah masa untuk mengetahu keputusan yang bakal saya dapat.. Bila Aisyah beritahu sahaja keputusan yang telah saya peroleh , terus terjatuh keatas kerusi , mengalir sedikit air mata ..SYUKUR + SEDIH + GEMBIRA + PILU .. Tak tahu nak kata apa cuma bersyukur atas apa yang Allah berikan..Jazakillah Aisyah sudi tanyakan result saya .


ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH ..ALHAMDULILLAH .. itulah kata2 yang sentiasa ada dalam hati kecil ini..Semua yang saya dapat hanyalah milik Allah..Saya hanya usaha sedikit sahaja,,Segala-galanya hanya milik Allah yang Esa . Sampainya ke SMIK tercinta ..Aisyah Nazri juga yang menyambut kedatangan ku..begitu indah bersahabat kerana Allah kan..Alhamdulillah, kawan2 yang lain sedang tekun mendengar taklimat tentang KTD dalam makmal ,manakala saya berdebar nak tahu keseluruhan result, nak ambil slip di pejabat..Bila slip berada di tangan , tak terungkap apa2 kata2 ,hanyalah ALHAMDULILLAH..Pabila jejak kaki keluar pejabat, diri ini diserbu oleh adik2 SMIK daripada tingkatan 4 dan 5.. Malu rasanya nak tunjuk result..seusai bersalaman dan berpelukan dengan mereka.. saya dan Aisyah teruskan dengan misi kami iaitu mendengar taklimat / Promosi tentang KTD Pada awalnya , rasa fikiran dah terbang entah ke mana , nak dengar pun macam x dengar je..Bila cuba tenangkan hati dan cuba memberi tumpuan dengan apa yang cuba pakcik tu beri , Alhamdulillah saya dapat sedikit info tentang KTD..Selepas taklimat itu berakhir , tibanya masa untuk kami bersalaman dan mengucap terima kasih kepada mereka ( cikgu2 ) kerana selama ini mereka mengajar kami tanpa rasa jemu..Ustaz Adni saja ustaz yang sempat ana jumpa dan ucapkan terima kasih.. Hari yang begitu bahagia sekali , dapat berjumpa sahabat2 , dapat keluar bersama sahabat2 yang sentiasa bersama saya..Bila kami berada di kedai makan, terimbau kembali kenangan, nostalgia kami bersama..begitu merindui kenangan itu..


Buat Ayah,Ibu,Abang,kakak,Abang Cik dan Ecah :

terima kasih kerana sudi memberi semangat serta motivasi kepada diri ini.kalian lah inspirasi saya ketika saya menuntut ilmu..Kalian juga sentiasa berada disisi saya ketika senang dan duka..kita semua sentiasa bersama..Ayah & Ibu , syukran ,thank you , jazakallah khairan kathira , jikalau ayah & ibu x hantar saya dekat sekolah SMIK yang penuh tarbiyah ini , mugkin sya x jadi seperti mana saya sekarang.! mohon doa dari kalian agar diri ini kuat menghadapi kehidupan di IPT kelak..Terima kasih kerana sudi mendidik anakmu ini..segala jasamu ibu dan ayah akan ku kenang sampai bila-bila.


Buat Murabbi yang dikasihi Ilahi ,

ana mohon ampun dan maaf jika selama ana berada di alam persekolahan , ana ada melakukan kesalahn yang mungkin menyinggung perassan guru2 semua..Jika guru2 semua tidak mengajar kami , mungkin kami tidak berjaya saat ini.Begitu besar jasa2mu guru ,

teringat kisah satu ketika ketika kami menduduki SPM matapelajaran Pendidikan Syariah Islam.ana minta ustaz Adni carikan kertas percubaan dari negeri Terengganu.Begitu besar pengorbanan seorang ustz yang sanggup menghantar kertas percubaan negeri terengganu awal pagi 6.15.. Masyaallah , terdetik dihatiku ketika itu " Ya Allah ,Kau permudahkanlah urusan ustz Adni yang sudi menolong kami ''. Tekad dalam hati nak dapatkan A dalam matapelajaran PSI.Alhamdulillah , Allah berikan A dalam matapelajaran itu.Moga2 segala usaha Murabbi2 dalam mendidik kami akan diberkati Ilahi..


Buat Sahabat yang sentiasa bersama saya :


Aisyah Nazri ,Fatin,Zahrina,Syazwani,Nazurah,K.AsMa' , Hafizah, aMalina ,Biha ,Wafa',Nik,Afiqah dan semua sahabat2 yang bertungkus lumus ketika Peperiksaan SPM sedang dijalankan..Kamu semua mnjadi sebagai satu semangat kepada diri ini di Asrama..Terima Kasih sudi belajar , Study Group di asrama..n MABRUK ALAIKUM atas keputusan yang cemerlang ;) moga kita ketemu kembali


* Surat berhenti sekolah kita x ambil lagi ;) nanti ambil sama2 ye !!!!! ;)
p/s : Result saya x cemerlang mane pun but not so bad kot ~ Alhamdulillah ;) So sekarang saya tengah buntu nak ambil bidang n kos ape .. Saya mohon semua ;) IPTA,Maktab,KTD dan jordan ..Ya Allah ,Engkau sudah susun yang terbaik buat diriku ini , Dimana pun saya tercampak ,Saya redha . !! Semuanya terbaik..asalkan saya kena pandai menjaga diri..Doakan saya !! ;)
Mencari cinta llahi93~

6.30 p.M

Teratak Indah ASM

Monday, March 21, 2011

SPM..SPM... dan SPM...

Bismillahhirohmanirohimm...

Dengan lafaz bismillah saya menulis kerana mu Ya Allah..Moga post saya dikira sebagai ibadah kepadaNya..

Post saya kali ini berkisarkan tentang result SPM yang bakal keluar beberapa hari lagi..Masyaallah ! jika saya cakap jantung ni x berdegup laju, tipu lah tu !

Kadang2 bila terfikirkan tentang result, rasa diri semakin DOWN..DOWN ..dan DOWN !! mengapa perassan itu datang kepada diriku ! SUdah beberapa kali saya cuba menenangkan diri ini, tapi sejujurnya memang sudah hendak menenangkan diri ini..ape yang saya takut ialah jika saya x dapat menghadapi ujian dari Mu Ya Allah..

1 )
Andai kata saya cemerlang dalam SPM ( aminn ) : Ujian yang paling takut untuk saya menghadapinya ialah takut diri ini dilanda perasaan Mazmumah..RIAK, TAKABBUR dan Bongkak..Nauzubillah ! Moga Allah jauhkan dari sifat2 mazmumah tersebut

2 )
Andai kata saya x dapat secemerlang yang saya hajatkan : Ujian yang paling saya takut ialah tidak dapat hendak menghadapi kegagalan tersebut..Kegagalan sekali bukan bermakna kegagalan selama-lamanye kan ! tapi hendak menghadapinya memang memerlukan masa yang begitu lama..Kekuatan dalaman perlu disemai..


Selalu saya terfikir, bagaimana saya hendak mengahadapi ujian2 tersebut, Mungkin ujian kedua tersebut pernah dihadapi oleh semua manusia termasuklah dengan diri saya time Trial SPM..apa yang kita hajat x selalu kita dapat..Nak mengahadapi kegagalan ketika itu teramat2 lah sukar..Rasa kerdil dengan kawan2 yang peroleh kejayaan..


Disini saya ade sedikit perkongsian kepada anda semua satu kisah dimana kejadian yang berlaku tersebut teramat2 lah serupa dengan kejadian saya time trial..saya dah edit sedikit..http://www.facebook.com/note.php?note_id=201752423173724&comments
Mungkin ianya akan menjadi satu iktibar buat diri kita bersama...

Selalu saya terfikir,

mungkin masa hari result dikeluarkan, saya nak OFF phne saya..saya x nak semua tanya tentang result saya..x kira siapa2 pon n mungkin FB jugak saya akan offline.kerana apa?? kerana saya x mahu semua tanya saya tentang result..

Di sini saya nak berterima kasih, jazakillah kepada sahabat @ adik saya

* AFAF ATIQAH * ..

beliau banyak memberikan semangat, dorongan ketika diri ini lemah ..
teringat saya dengan mesej yang dihantar kepada saya :

" Hadirku untuk menjadi ukhti pemberi ingatan , bukan utk melalaikanmu . adanya diriku sebagai penghmbus semangat jihadmu bukan pengoyah imanmu . namun andai kau rasa diriku ibarat embun . muncul kala dinihari hilang kala terbitnya matahari , maka ingatlah aku masih di sini, sntiasa berdoa kau terpelihara sepanjang hari sebagai MUJAHIDAH sejati . K.aliah , U r my bez n special fren n sis ever . i'll never 4get U . tade sape yang bole ganti k.alia utk sy.. k.alia ingat taw walau d mana2 saya berada .. sy akan sntiasa ingat n doakan k.alia . sy sntiasa d sini utk k.alia .uhibbuki fillah abadan abada "

mesej ini yang berjaya mengugurkan permata @ mutiara daripada kelopak mata ini..
Afaf , namanya indah seperti akhlaknya juga . Dialah satu2 sahabat yang rapat dengan saya ktika dia berusia 13 tahun dan saya berusia 14 tahun. sampailah hari ini ukhuwwah antara kami tetap erat..Jazakillah Afaf kern sudi berkongsi segala suka dan duka bersama.saya begitu menghargainya . U r my bez fren n sis ever !!

dan ingin juga saya berterima kasih kepada sahabat dunia akhirat saya

* AISYAH NAZRI *

Kerana beliau juga menjadi penghibur ketika diri ini dilanda kerisauan dan kegelisahan !
Aisyah , namanya indah begitu juga dengan peribadinya yang mulia..ketika usia kita menjangkau 17tahun..saat itu manis buat kita, kita bagaikan sahabat yang rapat n kemana2 sahaja kita pergi pasti bersama ..tapi ianya hanya berlaku sampai pertengahan tahun sahaja..saya tidak tahu mengapa perkara ini menjadi begini..mungkin ianya salah saya sendiri . saya bukanlah sahabat yang terbaik buat dirimu..banyak perkara yang terpendam dalam lubuk hati ini mengenai persahabatan kita .tapi saya x tahu kenapa susah untuk diluahkan..

pabila teringat tentang dirimu, saya sering kali teringat saat2 kau memeluk diriku ini..ucapan dr mulut manis mu begitu sukar untuk saya melupakan sehingga saat ini

" Aliah ! ana sayang awak ! ana sedar yang dulu kita rapat,tapi hubungan kita dah x macam dulu lagi..kita dah x rapat macam dulu.tapi walaubagaiman pun, ana sayangkan awak Aliah "

saya jugak menyayangi dirimu aisyah ..ketika kamu mengucapkan begitu, saya x tahu nak cakap apa..kelu lidah ini..maafkan kesalahan sahabatmu ini Aisyah, saya tahu, saya lah penyebab hubungan ini renggang..walaupun kita dah x macam dahulu, kenangan kita bersama memang saya x dapat lupakan..awak lah sahabat terbaik !! Moga kita ketemu kembali Aisyah ,jika tidak didunia insyaallah di akhirat kelak. dan jazakillah kerana sudi menguatkan diriku ni tika diri ini futur..

dan jazakillah jugak buat sahabat2 lain, Nazurah, syazwani,fatin dan lain2..Kamu semua sudi memberikan kata2 semangat saat diri ini resah ( SPM ).. saya menghargainya

Buat Ibu dan Ayah :
Syukran kerana sudi menguatkan diri ini n sering memberikan semangat kepada anakmu ini...insyaallah iya akan cuba berikana yang terbaik kepada ibu n ayah..Maaf andai diri ini sering melakukan sesuatu yang membuatkan hati kamu tersinggung..anakmu ini mohon ampun dan maaf..iya sayang ibu n ayah !!! begitu jugak dengan abang , akak, ajim n ecah..moga keluarga kita diberkati Ilahi ..

Surah Al-Baqarah : 286

" Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya .Dia mendapat pahala ( dari kebajikan ) yang diusahakan dan dia mendapat dosa ( dari kejahatan ) yang dikerjakan . Ya Tuhan Kami Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah .Ya Tuhan Kami janganlah Engaku bebankan kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami.Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya.Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami ,Engkaulah penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Masyaallah begitu besar nikmat yang telah Engkau berikan kepada diriku ini..

Nabi sal llahu alaihi wassalam bersabda : aku kagum dengan seorang mukmin , kerana seorang mukmin apabila ditimpa kesusahan atau ujian , dia SABAR .apabila dia menerima kebaikan atau keuntungan, dia BERSYUKKUR . kedua2nya baik untuknya ..
lebih kurang begitulah maksud hadithnya..

Perbanyakkan ingat Allah, sabar n taubat atas segala yang dilakukan serta membaiki diri agar wujudnya sifat SABAR dalam diri..Ini bukan setakat menempuhi SPm tetapi ianaya juga untuk cabaran2 yang bakal mendatang dihari2 kelak..

Insyaallah saya akan cuba terima n redha dengan segala yang telah ditentukan oleh Allah..insyaallah saya yakin yang Allah dah susun yang terbaik untuk diri saya dan juga sahabat2 saya..mohon maaf kepada semua andai ada kesalahan ataupun kesilapan yang pernah saya lakukan..moga2 result yang bakal saya peroleh ini menjadi salah satu tarbiyah buat diri ini .. insyaalllah ..

maasssalamah..

Di sini ingin saya tujukan sajak saya buat sahabat2 seperjuangan saya yang mengenali diri ini ~

Aku rindukan hari itu
Hari dimana aku bersama mu meniti jalan2 tarbiyah
Kita sama-sama jatuh
Lalu bangkit bersama sama
Kau adalah inspirasiku
kita bersama menongkah hari2 yang penuh bermakna
Walaupun kita berjauhan
Hati kita tetap bersatu
Hati kita sentiasa diikat atas jalan yang sama
Moga ikatan ukhuwwah yang kita bina
Terus berkekalan hingga akhir hayat bersama memori yang tercipta

Mencari cinta Ilahi93~
11.37 malam
Teratak ASM ;)

Tuesday, March 1, 2011

Kem Kepimpinan SRIKG

Mereka di Checkpoint Titian Sukar

Jazakallah khairan kathira buat Ust Khairan

Menunggu azan subuh

Ukhuwwah antara peserta dan faci

Tekun mendengar bengkel yang dikendalikan oleH Ust Khairan

Kolam yang telah sedia ada

Menunaikan solat zohor

Sebelum makan kena beratur ;)

Kem yang berlangsung di Camp Resort , Ulu Yam Selangor.. ( 26-27 FEBRUARI 2011 )

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah !!!

Bersyukur kehadrat Ilahi dgn limpah dan kurnianya dpt lagi saya dan rakan-rakan bersama2 membantu sekolah LAMA kami yang penuh terbiyah ini..

Jam menunjukkan pukul 11…peserta seramai 40 orang.20 L dan 20 P..fasilitaor 6 orang sumenya..3 ustaz praktikum iaitu Ust Mustofa, Ust Zulkarnain dan Ust Muhsin ..3 kawan seperjuangan iaitu Aliah , Wan Nadhirah dan Izyan Nawwarah..adik2 seorang demi seorang datang dengan senyuman serta harapan terhadap kem ini..pagi-pagi hati ini perlu di ikhlaskan serta niat dengan niat yang betul..Setelah 30 minit menunggu kedatangan adik2 ,Alhamdulillah semuanya telah menghadirkan diri..

Bergeraknya kami 3 fasi - kawan seperjuangan sejak dari SRIKG - menaiki kereta yang di pandu oleh Cikgu Asiah sambil ditemani oleh cikgu Norizan..Perjalanan yang mengambil masa selama 40minit..Alhamdulillah sampai juga kami ke Camp Resort walaupun adik2 telah lama sampai dahulu..Kami diberi taklimat oleh Pak Ngah dan juga Guru Besar SRIKG,Ust Fauzi Naim..Selepas mengisi perut masing-masing dengan hidangan lauk yang cukup menaikkan selera adik-adik,kami bersama-sama menunaikan solat Zohor berimamkan Ust Mustofa ..Alhamdulillah semua telah berjalan dengan lancar..

Adik-adik semua bagaikan cacing kepanasan semasa Ust Zulkarnain memberi taklimat aktiviti seterusnya iaitu MANDI SUNGAI selama 2 jam 30 minitnampaknya adik2 begitu bersemangat sekali bukan sekadar peserta2 malah fasilitator mereka juga sudah tidak sabar2 hendak terjun ke dalam sungai.Separuh mandi di sungai manakala separuh lagi mandi di dalam kolam bersebelahan dengan dewan..Alhamdulillah , kemudahan yang diberikan terlalu baik..

Mulanya hendak mengawal adik2 Nisa’ amatlah sukar ..Hakikatnya Adik2 Nisa’ lebih aktif daripada adik2 syabab dari segi segalanya..kami bertiga cuba berfikir bagaimana mahu mengubah adik pemimpin ini..Dari segi kerjasama , tingkah laku dan sebagainya..kami sentiasa bersembang dan mendengar masalah daripada adik2 kumpulan kami dan memberikan jawapan yang terbaik buat mereka..Barulah saya faham masalah adik2 pemimpin ini..Insyaallah semuanya baik2 adik2 ku !! Moga Allah memberkati antum semua..

Kehadiran Kem Komanden kem ini, Ust NoorKhairan Noordin ( Pensyarah Kolej Komuniti Sabak Bernam dan juga Ustaz kami ketika di Ibn Kathir) bersama 2 kawan ust , Khafifi dan Muhaimin..setelah kami ,Fasilitator diberikan Briefing dari Ust Khairan , kami semakin bersungguh-sungguh untuk membantu adik2 kami ini..Malam sudah menjelma..Adik2 didedahkan dengan pengisian yang amat berguna dalam bengkel Kursus Kepimpinan yang diberikan oleh Ust Khairan..Syabas buat adik2 semua..tiada seorang pun yang mengantuk !! semuanya segar dan memberikan tumpuan yang terbaikk..selepas selesai bengkel tersebut, adik2 diarahkan untuk duduk di dalam kumpulan dan memikirkan nama ,ketua dan kata semangat bg kumpulan..

Selepas selasai supper, kami semua mendirikan solat witir sebelum melelapkan mata..sebelum tidur,kami memantau adik2..kadang2 nak tergelak tengok adik2 yang ketakutan ..ada yg bace al-mathurat ( walaupun dah tengah malam ) , bace doa 3x ulang ..bila kami suruh tidur semuanya sambung baca doa..Lama kelamaan suara mereka tenggelam dek angin malam..Kami bertiga menuju ke chalet untuk melelapkan mata.Alhamdulillah aktiviti hari ini sudah selesai , Moga Allah menerima amalan kami sebagai salah satu ibadah kepadaNya.

Pukul 5 pagi, Tugasku belum selesai..Ketika kakiku melangkah keluar untuk mengejutkan adik2 tidur, Niat kena pasang dan betulkan keranaNya..Moga segala amalanku diterima Allah dan moga2 Allah permudahkan urusanku hari ini..Alhamdulillah, mengejutkan Adik-adik SRIKG bukanlah salah satu perkara yang sukar, begitu mudah mengejutkan mereka..Udara pagi yang segar,Alhamdulillah begitu besar nikmat yang Allah kurniakan kepada Hambanya.Sementara menunggu azan Subuh berkumandang ,kami diperdengarkan dengan ayat2 suci Al-quran..ketika surah Qiamat bergema didalam dewan, begitu bergetar jiwa , menusuk ke dalam kalbu..

Aktiviti mereka pagi2 ini ialah riadah,Outbound game dan Fear Factor..Alhamdulillah semuanya sudah berjalan dengan lancar..kami telah diberikan penerangan oleh Ust Khairan berkenaan dengan checkpoint masing2..Antara checkpoint yang sedia ada :

1 : Jambatan Manusia ( Izyan )

2 : Gula2 didalam Ulat ( Muhsin )

3 : Soalan tarbawi + katak & Cengkerik ( Zulkarnain )

4 : Belon Harapan ( Wan )

5 : Belut & batu emas,batu perak ( Mustofa )

6 : Titian Sukar ( Aliah )

Alhamdulillah , program semuanya telah habis dengan lancar.Moga2 Adik2 dapat pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan dan dapat membimbing adik2 di SRIKG dan moga2 segala usaha2 kami di kem ini menjadi salah satu ibadah kepada Allah.aminn

p/s buat Adik2 SRIKG :

gambar2 ana dah upload dalam fb ana..bole ambil la ye !