Jom Bace !


Kasih Abadi Sentuhan Nurani

Saturday, January 29, 2011

Yang Lalu Pasti kembali


Sahabat ini yang bersama2 dengan saya sepanjang perjalanan memusing kuala Terengganu..Syarah
Tempat Kali Terakhir kami Berjumpa

Antara nisa' yang bersama2 ana

Masjid Kristal

Masjid Putih tempat kami berehat dan menunaikan perintahMu

Abc TTI

Bersama Adik2 SMAKL


Hujan rintik2 membasahi bumi..saya bersendirian merenung pandangan ke luar kereta..fikiran saya melayang berpusing2 kembali kenangan yang lalu..mmg hajat ana nak tulis post bila dah 2 minggu meninggalkan JDK...malam tadi ana tgk group alumni JDK..rupanya ade da seorang syabab ( penghulu ) dari JDK timur post pasai JDK selepas 2 minggu berlalu,.kenangan demi kenangan bermain di dalam fikiran..bila merenung jalan raya tadi terimbau kembali kenangan ketika mula bertolak pergi ke Besut..
kemana-mana pergi pun, JDK masih x dapat saya lupakan.

MENGAPA ?????

kerana ,
bagi saya ukhuwwah antara kami begitu erat dan tiada yang dapat meleraikannya..sedar x sedar..sudah sebulan 7 hari kami bersahabat..kenangan kali pertama bersua muka, bertegur sapa tidak akan saya lupakan..antara seorang demi seorang saya masih mengingati daripada awal kami bertegur sapa..senyuman yang manis dan ucapan salam cuba saya berikan kepada sahabat2 yang hadir di ILIM Besut pada hari pertama.mungkin ada yang membalas dengan buat x endah,ada juga yang berikan senyuman manis sambil menjawab salan saya..tapi, itulah saya..kenal atau tidak, itu x menjadi masalah bagi saya untuk bertegur sapa walaupun mulanya agak kekok..

apa agaknya yang sahabat2 ana buat masa cuti panjang ini, ??
ada yang sedang bekerja, ada juga yang menjadi pengangguur setia di rumah dan sebagainya namun ianya tidak menjadi masalah bagi kami untuk saling menghubungi...saya juga ingin memohon maaf kepada sahabat2 nisa' saya ..SMS anda semua saya selalu balas lewat kan?? maaf ye ! asif jiddan..saya ni jarang pegang phone kalau di rumah..kalau keluar rumah lak saya silentkan..masuk kerja katekan..tapi kalau yang telefon 2 insyaaallah buat masa ni saya masih menjawabnya kan2.

Kenangan ketika berada di ILIM saya sudah menceritakan dahulu walaupun tidak semuanya saya ceritakan..kini saya ingin mengimbau kembali kenangan ketika separuh dari kami bersiar2 di Kuala Terengganu..Jam menunjukkan pukul 1.30..kami bergerak dari Ilim tanpa pengiring daripada fasi mahupun kem komanden...semuanya sedih,sayu kerana terpaksa meninggalkan tempat yang banyak meninggalkan 1001 kenangan bagi kami,,ianya sangat bermakna !! sehinggakan sampai kini kami x dapat melupakannya !!

Kira2 Pukul 2 Lebih kami singgah di sebuah masjid yang terletak di tepi jalan..kami semua menunaikan perintah Allah..rupanya Allah telah susun segalanya..kami berjumpa dengan kak nadiah , kak atiqah halim dan kak lalila ( kakak2 dari maktab perguruan -ex smik- yang selalu menjenguk dan memberi buah tangan kepada kami ketika di ILIM )..seusai menunaikan perintah Allah, kami meneruskan perjalanan..

Tika didala bus, saya memasang lagu mars Haluan ( tidak terlalu kuat )..sahabat2 ku kian semangat dan ana begitu teruja pabila seorang daripada syabab mengahunkan tangannya ( seperti di JDK )..Masyaallah ! semangat JDK masih membara..kami sampai di SMAKL ( sek men agama kampung Laut )..setelah penat berkenal kenalan dengan adik,kami menuju ke Homestay kami..dari luar macam rumah kampung.bila masuk dalam,Subhanallah ! cantik ! rumah yang begitu besar dan selesa..bilik yang dilengkapi dengan air-cond..syukran kami ucapkan kepada pokcik dan mokcik yang tolong bayarkan..

Keesokan harinya,kami memulakna perjalanan kami ..destinasi pertama yang kami tuju ialah Muzium..kami ada masa selma 2 jam x silap untuk pusing muzium ni ,depa kata pusing muzium ni dalam masa 2 jam mesti x habis..saya ni bukannya suka menelek2 apa yang terkandung dalam muzium tu..so saya n syarah memulak pengembaraan kami dengan menaiki tingkat terts sekali..kononnya nak pusing tempat yang x ada orang pi dulu.pusing punya pusing..dan akhirnya kami menjadi orang pertama keluar dari muzium tersebut.kami keluar dan duduk dekat luar tu sambil2 makan keropok ( hadiah hamper dr JDK )..ada kisah yang lucu didalam muzium..tetapi biarlah ianya menjadi kenangan didalam hati ini.

selepas itu kami mendapat arahan dari pok cik Zahari untuk berjalan kaki menuju ke Tamadun Taman Islam yang lebih dikenali sebagai TTi..saya dan syarah punya la semangat berjalan..walaupun kami dari Mata ayer,Perlis dan Kuala Lumpur..kami jalan punya jalan walaupun x pernah pergi..singgah tepi jalan tanya sorang mokcik ni..anak dia cakap terus lagi..peluh kian membasahi muka, saya kalih muka ke belakang,dengan perasaan yang hairan.Syarah tanya saya " Aliah mana yang lain?? x nampak pun.. "..saya pun jawab." belakang gi kot..sat gi nampak la depa 2"..tiba3..pon..pon..rupa2nya depa naik bus..x aci ! geram dan malu !! pok cik bus 2 suh kami naik..mulanya kami mmg hajat nak naik..tapi x jadi ..kami suh je pok cik 2 jalan..memang semua nisa' pelik..ade jugak nisa' dalam bus tu cakap kat kami yg depa dengar ade dikalangan syabab ckp kami nak tunjuk kuat,tolak rezeki..biar saya jelaskan kenapa kami x naik bus..

1) nak aplikasikan modul kecergasan di JDK dengan berjalan kaki
2)malu nak masuk bus coz kami yang paling depan sekali..macam semangat pun ade
3)bila berjalan kaki x terasa penat

sedang kami berjalan..dah nampak pintu gerbang dah, nak sampai la ni..tiba2 telefon saya berbunyi..Aini call rupanya.." Aliah, mu nak taw dok jauh lagi nie..kecian kat mu n syarah..knp x nak naik tadi..?" " jauh?? x pala..nak wat gano,jalan jela"... jauh lagi rupenya..tp nak buat mcm mana..jalan jela..sampai2 kat TTI, nak masuk kne bayar tiket..paling murah rm14..bila fikir2 balik,baik x yoh msauk .dok luar lagi bez..ana dan syarah pon pi restaurant dekat sana..diikuti dengan seha dan diba..kami makan nasi dagang,abc dan ice lemon tea..mahal ! tapi kami ade seorang sahabat yang baik hati .Siti Syarah Sharimi belanja kami..kemudian kami pun pi main dekat taman permaianan..

setelah jam menunjukkan pukul 1.30..kami semua meneruskan perjalanan ke Masjid.pi bandar dia..selepas menunaikan perintah Allah..ana,syarah,wani dan aini keluar pi makan dekat stesen bus..tiba2 Asma',aisyah, atikah call ana.."Aliah,kami gerak dulu ye..nanti ampa semua pi pasar payang sendiri boleh?" ( semuanya berkata begini),..baik sungguh sahabat2 ana..depa just cakap pasar payang berwarna pink..

selepas perutt kami sudah diisi dengan makanan2 yang enak belaka,kami meneruskan perjalanan kami.." mana la pulak pasar payang ni Aliah,jauh dah ni" kata Syarah .." mana la ana taw, ana mana pernah pi pasar payang,yang ana taw wane pink je,"...dipendekkan cerita,jalan punya jalan akhirnya kami menjumpai bangunan pink yang dikhabarkan tadi..ana habaq kat kawan2 " Tu dia bangunan pink,sampai juga akhirnya"..tengok2 PEJABAT POS da ! ! sala tempat pulak..syarah sudah keletihan.kami bertanya dengan seorang pokcik sana,pokcik 2 kata kami x sesat juz jalan lagi sikit kedepan..Alhamdulillah,kami sangkakan kami semua dah sesat..
Akhirnya kami berjumpa dengan aisyah dan fatonah..aisyah nak hantar fatonah balik..

Sampai kat pasar payang ,saya pulun pusing pasar payang ..syarah punya la shopping sakan..kami berdua hajat beli beg untuk letak barang2 ( malas nk pegang banyak barang naik bus )..saya pun beli la beg yang sama dengan syarah..sesampai di masjid bila bukak beg tu..Tu dia ! besarnye beg ! bila kami semua nak balik menuju ke masjid, baru saya dan syarah perasan yang jalan kami jalan 2 jauh daripada jalan yang depa semua jalan..entah berapa kilometer pun saya x pasti.

kami terus menuju ke Lagun selepas itu..di sana , selepas bertangkap gambar, masing2 duduk bersendirian..fikiran semua melayang..bagi saya, saya teringat dengan kawan2 dan suasana di ILIM..rasa sedih nak meninggalkan Kuala Terengganu..ade antara kami yang menitiskan air mata..begitu sayu sekali suasan itu..

Malam sudah menjelma !.seorang demi seorang meninggalkan kami..masing berpelukan,meminta maaf,bersalaman,mengenggam tangan dan semua mengalirkan aor mata perpisahan..ada yang menarik tangan ana dengan erat x nak dilepaskan..hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya kami ketika itu..pabila sampai di stesen bus..kami mencari2 sahabat2 kami yang sudah berada di dalam bus..ada yang keluar mendapatkan kami..berpelukan dan berjabat tangan buat kali terakhir.Ainul,syarah,khaulah,anis,fadillah,nawal,fasihah ...mereka lah antara yang berada didalam bus,.

Ketahuilah wahai sahabatku..perpisahan kita tika itu bukanlah kali terakhir..yang lalu itu pasti akan kembali lagi,insyaallah !! moga2 Allah menjaga tali persahabatan kita ini..amin..

Hati Yang Pilu bertukar Ceria

ceria !

Gamba lam syifa'

salam perjuangan n salam keimanan buat anda semua...

kenapa tajuk saya kali nie begini ??? kerana !!!
hari yang sudah dirancang untuk bersama adik2 mujahid kecil Sekolah Rendah Ibn kathir x tercapai..sepatutnya hari ini saya menjadi fasi program Tamrin Putera & Puteri Islam di sekolah lama saya yang tercinta iaitu Sekolah Rendah Ibn Kathir !!
Program ini telah dirancang oleh Pihak Sekolah, saya,wan n izyan pakat kena jadi fasi untuk adik2 tahun 4-6..teringin hendak mengenali pewaris2 islam..
saya pakat ajak hafizah dan amalina..but hafizah je yang jadi datang..

tapi ???

petang tadi ibu n ayah nak pi balik kampung..depa pakat suruh saya siap2..luluh,pilu,sedihnya hati ini kerana x dapat bersama2 dengan mereka,x dapat berqiam secara berjemaah,berkumpul n berkongsi cerita dengan adik2..tapi Hajat ibu dan ayah perlu diutamakan !
bila dok dalam kereta , saya hanya dok mendengar lagu sambil mesej sume kawan2 saya mengajak mereka keluar cuti raya cina nanti..nak berjumpa balik dengan mereka..kerinduan ini x tertanggung lagi dalam diri ini..

Perjalanan yang hanya bertemankan titisan2 air hujan yang membasahi bumi..setibanya di kampung,perkara yang paling saya suka ialah bermain bersaya anak sedara saya iaitu Nur Asyifa' Amani..sudah lama tidak bermain,menciumnya, sudah semestinya semakin besar ! tetapi badannya kian susut gara2 demam..moga2 Allah memberikan kesihatan kepada mujahid kecil ini.

Moga perjalanan hidupku untuk hari2 mendatang di rahmati Ilahi..

11.32 pm ( Tingkat atas, Rumah nenek ) - Perak ~Mencari cinta Ilahi93~

Friday, January 28, 2011

Keutamaan & Kemuliaan Ilmu

Islam adalah Din yang mulia

Study Hard ! ( gambar ini hanya hiasan )

Kenyataan sejarah dan juga realiti di sekitar kita telah membuktikan bahawa ilmu mengubah seseorang menjadi mulia . Kesimpulan sederhana ini selari dengan banyak dalil dalam Al-quran mahupun As-sunnah .Banyak dalil naqli yang menguatkan kemuliaan seseorang kerana ilmunya.Mari kita sama2 teliti ,mengapa ilmu menjadikan kita mulia dunia n akhirat.

1) Allah s.w.t membezakan dan mengangkat darjat orang yang berilmu

Allah s.w.t berfirman : Katakanlah : "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? "Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. ( aZ-zumar : 9 )

Firman Allah s.w.t : " Allah akan meninggikan darjat orang2 yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat .Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan . " ( Al-Mujadalah : 11 )

Ibn Abbas ra mengulas ayat diatas dengan mengatakan : Tingkatan para ulama dibanding orang mukmin biasa adlah lebih tinggi sebanyak 700 darjat , di antara satu darjat ke darjat setelahnya adalah sama dengan jarak 500 tahun perjalanan.

2 ) Orang yang berilmu sentiasa dijadikan rujukan

Allah swt berfirman : maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui ( An-Nahl: 43 )

Seorang yang berilmu - suka atau tidak -pasti menjadi tempat orang bertanya dan merujuk kepadanya ketika mendapat sebuah permasalahan . kerena itu, masyarakat sentiasa menempatkan para ulama,guru dan ustaz pada kedudukan yang mulia.Ini adalah bukti nyata bahwa ilmu juga membuat orang mulia bukan hanya di akhirat sahaja.

3) Ilmu satu-satunya warisan Nabi

Dari Abu Darda' , Rasulullah saw bersabda : Dan sesungguhnya ulama itu pewaris para nabi,dan sesungguhnya para nabi itu tidak pernah mewariskan dinar dan tidak pula dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu.Maka barangsiapa mengambilnya, sungguh telah mengambil bagian yang besar . ( HR Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Majah )

Tidak ada keraguan bahawa manusia termulia adalah para nabi.Kemuliaan mereka diwariskan melalui ilmu Agama .Para Ulama' yang mengambilnya pula berhak mendapatkan kemuliaan itu.Maka darjat mereka pun naik membumbung tinggi di akhirat nanti,sejajar dengan para nabi dan syuhada ! Dari Usman bin Affan ra , Rasulullah SAW besabda : Yang Pertama memberi syafaat pada hari kiamat ada tiga : para nabi , para ulama' dan para syuhada.

4 ) Beramal dengan cara betul dan ditakuti syaitan

Dari Abu Darda' ra , Rasulullah SAW bersabda : " Dan sesungguh perbezaan keutamaan orang yang berilmu dengan orang yang gemar beribadah , sebagaimana keutamaan bulan purnama dari seluruh bintang lain " (HR Tirmidzi , Ahmad )

Mengapa orang berilmu ('alim ) mempunyai keutamaan yang lebih mulia dibandingkan orang yang rajin beribadah semata2 ('abid) ? Anologi mudah , seperti seorang berilmu solat sunnah dua rakaat .Dia berwudhuk dengan betul dan khusyuk , mengetahui syarat , Rukun solat dan hal2 yang membatalkan ibadahnya .Sementara seorang lagi yang gemar solat hingga lapan bahkan dua belas rakaat setiao malam,tetapi tidak bacaannya,tidak mengetahui adab syarat dan rukunnya.yang mana lebih mulia amalannya ?

5) Takut & Bertaqwa kepada Allah s.w.t

Allah swt berfirman : Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hambaNya hanyalah para ulama' ( Faathir : 28 )

Ilmu menjadikan para ulama takut kepada Allah .Bukan hanya ilmu agama atau syariah.tetApi semua ilmu yang baik berasal dari Allah sehingga mereka yang mendalaminya seharusnya dapat merasakan keagungan dan kebesaran Allah swt,dan kemudian lebih takut kepadaNya.Ilmu aqidah menjadikan manusia mengenal Allah melalui dalil-dalil naqli ( ayat qauliyyah ) dalam Al-quran dan hadis,tentang sifat Allah swt,kebesaran dan kekuasaan-Nya.

6 ) Orang yang berilmu mendapat kebaikan

Dari Muawiyah ra, Rasulullah bersabda : " Barangsiapa yang Allah swt menginginkan kebaikan padanya , maka akan difahamkan dalam masalaah agama ! " (HR Bukhari dan Muslim )

Dengan ilmu maka seluruh kebaikan akan mendatanginya.Ketika ibadah maka dia beribadah dengan betul sesuai syariat .Ia juga beribadah dengan ikhlas dan khusyuk kerana ia adalah orang yang paling takut pada Allah swt. Ketika ia bermuamalah maka ia mengetahui yang halal dan haram, maka tidak sekerat pun harta haram masuk dalam tubuhnya dan tubuh isterinya.Bahkan ketika ia mendapat ujian dari Allah , baik berupa kenikmatan seperti kekayaan ,pangkat/jawatan atau yang berupa kesusahan seeperti sakit, kematian dan musibah maka dia menghadapinya dengan syukur ataupun sabar .syukur dan sabar adalah sumber kebaikan yang menakjubkan , hanya dimiliki orang yang veriman dan berilmu.

Dari Suhaib bin Sinan ra , Rasulullah saw bersabda : " Sungguh mengagumkan urusan kaum mukmin , semua urusannya adalah baik baginya.dan kebaikan ini hanya dimiliki orang mukmin .Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan itu baik baginya .Jika mendapat musibah ia bersabar dan hal itu juga baik baginya ! " (HR Muslim )

7 ) Semua makhluk meminta ampun untuk orang yang berilmu

Dari Abu Darda ,Rasulullah saw bersabda : " dan sesungguhnya orang yang berilmu itu , dimintakan ampunan oleh penghuni langit ,bumi bahkan ikan-ikan di laut yang dalam " ( HR Ibn Hibban )

Mengapa setiap makhluk merasa berhutang budi kepada para ulama,bahkan ikan di dalam lautan ? Dalam kitab Mukhtasor Minhajul Qasidin desebutkan bahwa hal ini terjadi kerana ulama mengajarkan ilmu yang membawa kebaikan pada seluruh makhluk seperti ilmu ihsan dalam penyembelihan ,ilmu larangan untuk menyiksa binatang ,menebang pokok dan lain2.maka wajar mereka meminta keampunan pada Alla bagi orang yang berilmu.

8) Allah swt,para malaikat , penghuni langit dan bumi berselawat / mendoakan para pengajar ilmu kebaikan

Dari Abu Umamah ra, Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah swt dan para Malaikat-Nya , Penghuni langit dan bumi , bahkan semut disarangnya , bahkan juga ikan ,semuanya berselawat/mendoakan orang yang mengajarkan ilmu kebaikan.

Barangkali ini adalah kemuliaan di atas kemuliaan makhluk bernama manusia .Orang berilmu yang mendapatkan kemuliaan tak terhingga itu.Bayangkan ,Khalik dan makhluk-Nya semua berselawat dan mendoakan untuknya ! mengharapkan kebaikan dan kemuliaan itu sentiasa ada pada orang yang berilmu hingga akhir hayatnya !

Kita yakin bahawa kita manusia adalah makhluk yang mulia ,maka kita juga menyedari bahawa kemuliaan ini boleh menjadi tertingkat dan berterusan hingga ke akhirat apabila kita menjadi orang yang berilmu, Menguasai ilmu dengan baik atau lebih dari yang lainnya ,insyaallah akan memuliakan kita di hadapan manusia dan juga Allah swt.aminn

27/1/2011 ( 3.45 pm ) sedikit perkongsian dari Ceramah ( sek ren ibn Kathir ) oleh Us Fauzi Naim ~mencari cinta Ilahi93~

Wednesday, January 26, 2011

Tarbiyah Dzatiyah


Bismillahirahmanirahim..
Dengan nama-Mu Ya Allah catatanku tercatat ..

sedikit perkongsian berkenaan Tarbiyah Dzatiyah ...

Tarbiyah Dzatiyah adlah satu proses didikan yang dilakukan oleh diri kita sendiri dalam rangka untuk menjaga hari kita seperti qiamulail , tilawah , zikrulmaut , istigfar dan sebagainya...cthnya : Rasul kita dalam sehari beristigfar tidak kurang dari 70 kali secara konsisten ..itu merupakan Tarbiyah Dztiyah rasul..cuma persoalannya kenapa kita tidak istiqamah dengan tarbiyah dzatiyah ??

kemungkinan besar hati kita banyak terkesan dan terdedah dengan hiburan,lagha,gelak tawa yang berlebihan ..sebab itu susah hendak istiqamah dengan tarbiyah dzatiyah ini..

Apakah kepentingan Tarbiyah Dzatiyah ??
kita mesti ada 2 perasaan. 1 ) rasa cemas kerana takut hati kita dilalaikan. ye ! kalau dah lama tinggal suasana tarbawi.maka hati ini mudah tergelincir ke jalan mungkar . 2) berharap.kita kena sentiasa berharap supaya kita sentiasa dibimbing oleh Allah..

- Kalau kredit kita habis , kita dah tidak dapat berhubung dengan orang lain.lama kelamaan hubungan kita dengan manusia menjadi renggang dan kemungkinan akan terputus..begitu juga dengan tarbiyah Dzatiyah.Tarbiyah Dzatiyah boleh kita umpamakan seperti kredit.jika tarbiyah Dzatiyah kita tidak kuat maka hubungan kita dengan Allah akan menjadi jauh.bila jauh kita takut tidak mendapat limpahan kasih sayang Allah .itulah kepentingan tarbiyah Dzatiyah dalam kehidupan seharian kita..

setakat ini dahulu..jika ade penambahan,dialu-alukan..tafaddhal..to be continue..

Fafirru ilallah !! wslm

~mencari cinta Ilahi93~

Pengalaman pertamaku bergelar cikgu !

Muhd Ariq Fatihi ( murid yg pintar ).pgi2 mst makan honey star !

Luqman Hakim bin muhd Fauzi ! 4 tahun

Kenangan terakhir bersama Syafiq !

Khusyuk menyiapkan kerja

Yang berbaju kuning ( MUHD HAIKAL )

Come on Aswad ( 4 tahun )..lari2 !

izyan dan wan main bersama pelajar perempuan

Riadah bersama boys

Mohd syiham dan luqman menunggu kedatangan ayah mereka

Muhd Amar Zulkarnain ( pernah ckp kpdku nk jadi anak yg soleh ! Alhamdulillah )

Anak2 perempuan


Pagi2 menguji IQ !

Huzaifah Al-Eman bin Jailani ( lucu dgn perngainya serta celotehnya )

Iman Haziq


Permainan mereka setiap pagi


Bismillahirahmanirahim..dengan nama-Mu Ya Allah , catatanku tercatat..
Apa yg kita perlu buat dlm masa yg terlalu panjang ni?? Smntara menunggu result spm keluar dan tiba masanya untuk mlangkah ke dunia baru..dengar2 kali nie msuk ke IPTA lebih lewat berbanding tahun2 lepas..yang ana dengar2 masuk bulan 9..tempoh masa yang begitu panjang sekali..adakah kite menghabiskan masa yang begitu panjang sekali dgn hanya goyang kaki,menambahkan lemak di dalam badan n hanya menghabiskan masa dengan bersiar2?? Dari awal ana dah cakap dengan Ibu ana, masa yang panjang ni ana nak habiskan masa ana dengan menaburkan jasa dan bakti dekat sekolah2 yang bakal melahirkan mujahid2 islam..alhamdulillah, ade 2 tawaran kerja untuk ana , x disangka2..1 ) kerja di hadhanah ibn kathir ( jadi babysetter ) ..2 ) guru tadika,Raudah Ibn Kathir (4-6 tahun )..mulanya ana memilih menjadi guru tadika tetapi bila difikir2 balik, ana x reti nak mengajar..
KEM JDK SEDANG BERJALAN ………………………………………. ( 3 minggu )
Balik2 dari kem, ibu ana ckp kerja di hadhanah dah penuh dan makcik Sarton dah tanya bila ana nk masuk kerja di Tadika..hati nie berdebar2..sampai rumah dari kem pada 17/1 (pagi )..ana mengelamun seketika didalam kereta bila ibu ana berkata “ iya, esok kerja dekat Raudah ye.Makcik Sarton dah tanya pasal iya da “..Ya Allah..berdebarnya hati nie..sedang berehat di rumah, Handphone berdering dengan lagu ALBI NADAK..mesej dari Wan Nadhirah rupenya..msj yg berbunyi “ Aliah, mai la mengaja dkt taski nie.”..mcm mane nie? Tp nak buat macam mana, ana kene juga kerja dekat sana..
Hari pertama di sana,
7.30 kakiku mlgkah masuk ke dalam Raudah Ibn Kathir, Masyaallah..muka2 suci dan muka2 yang penuh dengan harapan yg ana Nampak dr muka2 anak2 kecil. Itu..sedang mereka khusyuk bermain, salah seorg daripada mereka datang meluru kepadaku sambil menghulurkan tangannya kepadaku untuk bersalam dengan muka yang teramat gembira ( nur Aliya Maisarah )..perasaan berdebar hilang secara tiba2..Masyaallah, tenangnya jiwaku melihat anak2 kecil ini..begitu ramah anak2 kecil ini..bila dia tahu nama dia sama denganku, dia tersenyum dan berkata “ cikgu nama cikgu sedap la “ ..kemudiannya dia menjerit smbil berkata “ kawan2 ni cikgu baru kita , Cikgu Aliah “..semua dating meluru kpdku sambil menghulurkan tangan mereka..Alangkah indahnya ketika itu..
8.30 a.m
Mereka sudah di beri arahan utk “ Keep All the Toys “..smuanya x membantah malahan simpan dengan tangkas sekali..kmudian mereka telah diasingkan..4&5 tahun didalam dan 6 tahun diluar..sesi di dalam ialah mengaji surah pilihan dan diluar pula ade sesi bercerita tentang sirah2 .Mulanya agak kekok.cikgu2 dekat sana pun nampaknya garang,ana sendiri takut tengok..selepas itu ana diberi arahan untuk masuk mengajar kelas2 6 tahun untuk matapelajaran bm dan jawi..ana membantu mkcik sarton..tetapi makcik hanya mengajar mereka2 membaca buku cahayaku diluar dan didalam kelas siapa lagi nak conduct budak2 tu kalau bukan ana..mulanya agak sukar untuk mengawal mereka..masyaallah..pening kepala dibuatnya..lari sana sini, panjat sana sini..ana marah macam mana pun mereka still x dengar..pening kepala dibuatnya..almaklum la ana x ade adik kecil..hari berganti hari..dan ana sudah mula berjinak2 untuk menunjukkan bakat cikgu GARANG didalam kelas..sambil memegang rotan..mereka semua makin senang hendak dikawal..alhamdulillah makin mudah kerja ana..
1 kejadian yang hendak ana kongsikan..
Hari jumaat 21/1 :
Satu kejadian pergaduhan budak2 kecil antara muhd Syafiq dan iman..ana cuba meleraikannya.alhamdulillah hati anak2 kecil begitu lembut sekali..apabila disuruh untuk berbaik dan bersalam ( sambil2 berkata “ anak soleh x ade gaduh2, makayah x suka,cikgu x suka,Allah lagi x suka..x baik ni gaduh2..dekat sekolah semua kne kawan)..mereka terus bersalaman dan senyum..yang paling ana teruju bilamana salah seorg dalam kelas 2 ( ARIQ FATIHI ) datang kepadaku sambil memanggil Syafiq..ana mulanya agak pelik..biasanya mereka mesti mengadu2 ..tp rupenya salah tekaan ana..ana seakan sedang di ceramh oleh seorg mujahid kecil..kata Ariq “ cikgu,syafiq buat iman tadi mesti sebab syaitan hasut dia,syaitan suruh dia buat macam 2..x baikkan cikgu? “ termangu ana bila anak kecil berkata begitu..kemudian Ariq berkata kpd syafiqsyafiq,hari nie hari last asyraf dekat sini..syafiq x boleh buat nakal..nanti cikgu marah..syafiq nak taw x, tadi syafiq buat macam 2 syaitan yang hasut syafiq taw.syaitan sengaja buat mcm 2.syaitan kan jahat..lain kali syafiq kne tahan taw! Jangan ikut cakap syaitan, x soleh ! “..petah sungguh anak kecil itu berkata2..sememengnya hari tu adalah hari last bg syafiq kerana dia ingin pindah ke tadika baru..moga2 kelak dia akan menjadi pemimpin islam.
Hari berganti hari..ana makin lama suda mula menyesuaikan diri di tadika.7.30-1.30 bersama merka..sblm balik ana akan memandikan anak2 kecil itu..gembira,riang apabila tiba waktu mandi..begitulah anak kecil..suka bermain air!
Satu lagi kisah ana mahu kongsikan ,
26/1 ( rabu ) – riadah
Seorang anak2 kecil 5 tahun ( muhd haikal ) datang kepadaku dan duduk di sebelahku..sambil memegang sarung tangan yang melekat di tanganku..dia memandangku dengan muka yang penuh persoalan didalam kepalanya..lalu dia berkata “ cikgu, knp cikgu pakai nie,ekal tengok cikgu lain x pakai pun? “..ana senyum kpdnya.semestinya kanak2 kecil tidak memahami bila ana cakap tentang menutup aurat untuk perempuan..ana hanya ckap kpdnya “ haikal, cikgu pakai bnde nie sebab nk tutup tgn” ..berbelit mukanya mendengar ape yg ana ckpkan..kmudian dia bercakap “ cikgukan duduk dalam tadika dengan ekal,cikgukan x keluar,knp cikgu pakai.? “ dan akhirnya ana yg berbelit n timbul 1 persoalan dlm kpalaku..adakah dia faham tentang aurat?? Dan akhirnya ana hanya senyum dan suruh dia sambung main..jiwa seorang kanak2 sememangnya suci ..hati mereka suci dan besih seperti kain putih..
anak2 kecil merupakan jambatan guru dan ibubapa..penah+letih+gembira bekerja disini..walaupun sekarrang sakit tekak+batuk+selsema ! ana msti kuat !
selepas bekerja di tadika .. jam menunjukkan pukul 1.45..ana bersama nwa dan izyan menuju ke sek ren ibn kathir..perjuangan kami belum berakhir..jam 2 petang kami memulakan sesi mengajar bg tahun 1 ( kelas pemulihan )..walaupun mereka x pandai membaca namun mereka mmpunyai keinginan untuk menyebut apa yang dipelajari..bgitulah perjuangan bagi mujahid2 kecil !alhamdulillah ana senang mengajar mereka ! senang sekali ! tiada masalah !
cutiku kini hanya bersama mujahid2 kecil..alhamdulillah..moga3 cutiku kini tidak menjadikan ana seorng hamba Allah yang lalai..moga Allah menjaga hatiku agar terus istiqamah dengan tarbiyah islam..insyaallah..wslm
~mencari cinta Ilahi93 ~
9.20 pm.Teratak indah !

Tuesday, January 18, 2011

Mengamit Kembali memori di JDK Besut , Ganu

JDK timur TerbaEkk !!!
JDK TERBAAEEKKK !!!( sori amik tnpa izin )
Ilim Besut Ganu

(Gmbar CILOK !! )
Kekhusyukan teserlah !

Bersama Dr Abdullah Sudin

Besama Keluarga angkat ( salh satu dr kump nisa' )


Abg Ali Kem Komanden TerHEBAT !!!!!


Bersama Timb Kem Kom..( k.Syuwaida )

ULUL ALBAB ( celik aqal ) ..num 1 ~ Alhamdulillah

kami mnjdi org first menjejakkan kaki ke Ilim (peserta nisa' )-6.00pg

NISAA' !! MUMTAZ !!


Salam perjuangan dan salam motivasi buat smua…

Salam ditujukan khas buat anda semua

25/12/2010 – 15/1/2010..

KEM JATIDIRI & KESUKARELAWANAN , Timur ( BESUT GANU)..

Kongsi bersama saat di ILIM,Besut..

Minggu pertama ???

Mmg kebosanan..walaupon ana dpt sesuaikan diri dgn keadaan , suasana dan kawan2..tp hati ni ttp rse kekosongn..mcm la ana dtg x bwk hati..ILIM besut tersergam indah..cntik !! Subhanallah..

mengenali k.syu ( TIMB KEM KOM ) buat kali pertama amat menggerunkan..nmpak mcm serius..kecut perutku..rupenye2nye tekaanku sala..k.syu seorg yg baik,penyayang n nertimbang rasa..k.syu mmpunyai personaliti yg baik n mengangumkan..Alhamdulillah , Allah brikan timb kem kom yg baik buat kami disini..time ana sakit, k.syu yang menjaga ana..ambilkan ubat dkt doctor..jzk atas segalanya…k.syu juga merupakn org yg ke-5 wish bufday ana ..jzk ye !! k.syu jugak yg tenangkan kami pada petang 13/12..kejadian yg tlh memanaskan hati semua nisa’ , wlupun k.syu sndiri panas, tp dia cube menenangkan hatinya agr dpt menenagkan kami..k.syu adlh seorg kem kom yg penyayang n mmiliki sifat2 seorg akak yg prihatin..stiap hari dia akn pergi dkt sume adik2 nisa’ n brtnyakan khabar..stiap kali time makan dia akn tnggu kami habis mkn, brulah dia makan..adakalanya dia sndiri x dpt mkn, so trpaksalah abg kantin 2 mskkn telur dadar tuk dia..pengorbanannya kpd kami sungguh besar..x dpt dilupakn..


Kem Komanden ( Abg Ali )..merupakan seorg kem kom yg tegas..mmg ana takot bile dy bg arahan..sblm subuh dy da bunyikan wisel..n akan menjerit ..(
“ Assalamualaikum, perhatian kepada semua peserta – Syabab & Nisaa’- anda dikehendaki berkumpul di Dataran JDK dengan segera!,”…
“ Dalam kiraan 20, SEMUA SEKALI – berkumpul di Dataran. 20 19 18 17 16 15 14 13 12 11...4 3 2 1 ” ) kelam kabut smua turun tuk mlakukan solat tahajud n solat subuh dan disertai skali dgn bacaan mathurat sughra dan kubra..Abg Ali x pna lpe beri motivasi dkt kami awl2 pagi..bacaan mathurat x pna ketinggalan.. Setiap hari perjalanan kursus dimulakan dengan solat berjemaah, zikir al-Mathurat, hafazan Al-Quran, hafazan hadis pilihan, melazimi solat-solat sunat rawatid dan juga solat-solat sunat lain seperti tahajud, taubat, dhuha dan witir , hajat dan lain2..Alhamdulillah, inilah kekuatan kami menghadapi hari-hari mendatang di dalam kursus ini..stiap ptg or pagi..tuk menaikkan smgt kami..Abg Ali akn suh kami ckp..pagi..pagi..gi..gi..petang.petang..tang..tang !!!.. x dilpekan laungan abg Ali time kawad n bile saja..JDK !! TERBAEEKK !! Syabab !! QAWIYY !! NISA’ !! MUMTAZ !!!!...sampaikan ade kwn kami trsalah ckp time abg Ali bg arahan..bgitu smgt skali peserta2..wlaupun di besut hmpir stiap hari hujan , namun abg Ali kerap mmbri sokongn kpd kami agr sntiasa bersemangat..nasihat abg Ali yg paling ana ingt “ kita yang memiliki jiwa pemuda perlu rasa ingin berubah..berubah dan berubah “ ( time nasyid lagu mars haluan , bilik syafie ) ..pling ana x dpt lpekan mlm refleksi trakhir..ntah bile dtgnye keberanian yg terlebey..buat kem kom ana..maaf andai terasa..Paling ske slot Refleksi yg d conduct oleh Abg Ali..The best..

Timb kem kom ( abg rabbani & abg Umair )..jzk sudi menjaga kami yg agk x seberapa nie..buat akak fasi kump ana..nisa’ 1 ( ULUL ALBAB)..jzk krna sudi brsama kami walaupun kmi byk mnyakitkan hati kak ati..u r the best fasi..akak halaqah ana , k.rosni..smoga ukhuwwah kite berkekalan ye..sedey bile k.rosni cite yg k.rosni mimpikan ana..really miss u..k.ram,k.kham,k.sa..jzk sudi jadi fasi kami ye !!! u all the bez la !!kak nik n k.mar..thnx sudi layan kerenah ana.dkt ilim angin dia kuat..lo lpe tutp pin2 or tingkap ,kang sume sililng bilik kami ke atas..bunyi angin dy mcm bunyi pontianak mengilai...so skunk ana nk cite pngalaman brsme kawan2 ana..wlupun bru ari prtma masuk..ana rse cm da knl lme dgn kawan2..gelak tawa sume ade..tp antara smik n smakl je..x msuk lg dgn matri..tp ari ke-2 barulah kami masuk dgn sume kawan2..mira n nawal..kwn sebilikku..sori coz slalu bebel pagi2..hehe..demi kbaikan bilik kite jugakk akhirnya dgn izin Allah..minggu ke-3 kite dpt hasilnya..x disangka2..terharu ! buat kawan2 ana..ainul, aisyah,dalia,ida,fisha,naura,mira,nawal,tirah,aini,wani,seha,syarah,alia dedua,asma’,khaulah,widad,yumni,odah,siti,fiza,zita,wawa,tkah,along,fadlah,tonah,wani,atin,nik,anis,amalin,aisyah radiah,syahirah,munirah,diba,dalilah ( rasenye tiada yg trtinggl ).ana amat mghargai jasa2 antunna skalian dlm mmbimbing diri ini..janjilah bhw jika ana jatuh tersungkur ke alam kehinaan, tariklah ana supaya ana trus thabat dlm jalan Allah..time refleksi 2 lax dpt dilupakan..memeluk shabatku bgaikan ada satu kuasa yg kuat iaitu ukhuwwah..kawan2 ni lah yg bersama2 ana time suka dan duka dlm kem nie..tringt time nk makan..sume pakat berebut nk cpt..mmg sweet bile ingt balik..krn mereka sume la ana dpt rasa kebahagiaan did lm kem ny..

Separuh dr kami telah pi pusing2 ganu n sparuh gi da slmt smpai ke destinasi mreka..kami pusing2 seluruh ganu..dr muzium ke taman tamadun islam,ke masjid sultan abidin,pasar payang n lagun..di lagun sume termenung kea rah pantai..ada yg mengalirkan air mata..bg ana,ana tringtkan suasana d ilim n x dpt nk tempuh masa tuk berpisah..kami menetap di homestay berdekatan dgn smakl..adik2 smakl smua ramah2 belaka..mlm terakhir kami di homestay,,satu demi satu kete ambil kawan2 ana..time 2 sume salam berpelukan..mengalirkan air mata yg bg ana susah nk diberhentikan..yg paling ana terharu smpaikan kwn ana d yg tarik2 tgn2 kami supaya kami x meninggalkan mereka..moga2 pertemuan kami kali ni bukan pertemuan terakhir..

Ana akui yang ana merindui kamu smua krana Allah..

JDK !!! TERBAEEKKK !!
SYABAB !! QAWIY !!

NISA’ !! MUMTAZ !!!

-Ianya still terngiang2 dlm pikiran..

Bg ana kem ny tlh mmbrikan didikan tarbiyah yg secukupnya buat kami..ana dpt sdikit erti brani, disiplin,ketepatan wak2 , knersihan dan sbgainya..bile dtg ganu, jd brnai tok ke depan..moga2 ianya berkekalan hingga ke IPTA..bnde yang ana ingt.psnan abg Ali.." manusia yang gagal ialah manusia yg bgun subuh pada azan subu "....Buat sume yg berada kt JDK timur..ana memohon ampun jika ada buat sala or sgaja mengutuk..moga smuanya d berikat keredhaan..aminnn

( mybe smpai nie saja, jika ada yg ana ingin kongsikan..insyaallah ana akn smbung.)

Peserta JDK Timur 2010/11

~mencari cinta ilahi93~


( spe2 yg nk gmba..btaw ana,tp skit jela )