( SMIK tercinta !! 1001 kenangan di situ ) Jom Bace !
Sunday, March 27, 2011
ALHAMDULILLAH ..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH ~
( SMIK tercinta !! 1001 kenangan di situ ) Monday, March 21, 2011
SPM..SPM... dan SPM...
Dengan lafaz bismillah saya menulis kerana mu Ya Allah..Moga post saya dikira sebagai ibadah kepadaNya..
Post saya kali ini berkisarkan tentang result SPM yang bakal keluar beberapa hari lagi..Masyaallah ! jika saya cakap jantung ni x berdegup laju, tipu lah tu !
Kadang2 bila terfikirkan tentang result, rasa diri semakin DOWN..DOWN ..dan DOWN !! mengapa perassan itu datang kepada diriku ! SUdah beberapa kali saya cuba menenangkan diri ini, tapi sejujurnya memang sudah hendak menenangkan diri ini..ape yang saya takut ialah jika saya x dapat menghadapi ujian dari Mu Ya Allah..
1 )
Andai kata saya cemerlang dalam SPM ( aminn ) : Ujian yang paling takut untuk saya menghadapinya ialah takut diri ini dilanda perasaan Mazmumah..RIAK, TAKABBUR dan Bongkak..Nauzubillah ! Moga Allah jauhkan dari sifat2 mazmumah tersebut
2 )
Andai kata saya x dapat secemerlang yang saya hajatkan : Ujian yang paling saya takut ialah tidak dapat hendak menghadapi kegagalan tersebut..Kegagalan sekali bukan bermakna kegagalan selama-lamanye kan ! tapi hendak menghadapinya memang memerlukan masa yang begitu lama..Kekuatan dalaman perlu disemai..
Selalu saya terfikir, bagaimana saya hendak mengahadapi ujian2 tersebut, Mungkin ujian kedua tersebut pernah dihadapi oleh semua manusia termasuklah dengan diri saya time Trial SPM..apa yang kita hajat x selalu kita dapat..Nak mengahadapi kegagalan ketika itu teramat2 lah sukar..Rasa kerdil dengan kawan2 yang peroleh kejayaan..
Disini saya ade sedikit perkongsian kepada anda semua satu kisah dimana kejadian yang berlaku tersebut teramat2 lah serupa dengan kejadian saya time trial..saya dah edit sedikit..http://www.facebook.com/note.php?note_id=201752423173724&comments
Mungkin ianya akan menjadi satu iktibar buat diri kita bersama...
Selalu saya terfikir,
mungkin masa hari result dikeluarkan, saya nak OFF phne saya..saya x nak semua tanya tentang result saya..x kira siapa2 pon n mungkin FB jugak saya akan offline.kerana apa?? kerana saya x mahu semua tanya saya tentang result..
Di sini saya nak berterima kasih, jazakillah kepada sahabat @ adik saya
* AFAF ATIQAH * ..
beliau banyak memberikan semangat, dorongan ketika diri ini lemah ..
teringat saya dengan mesej yang dihantar kepada saya :
" Hadirku untuk menjadi ukhti pemberi ingatan , bukan utk melalaikanmu . adanya diriku sebagai penghmbus semangat jihadmu bukan pengoyah imanmu . namun andai kau rasa diriku ibarat embun . muncul kala dinihari hilang kala terbitnya matahari , maka ingatlah aku masih di sini, sntiasa berdoa kau terpelihara sepanjang hari sebagai MUJAHIDAH sejati . K.aliah , U r my bez n special fren n sis ever . i'll never 4get U . tade sape yang bole ganti k.alia utk sy.. k.alia ingat taw walau d mana2 saya berada .. sy akan sntiasa ingat n doakan k.alia . sy sntiasa d sini utk k.alia .uhibbuki fillah abadan abada "
mesej ini yang berjaya mengugurkan permata @ mutiara daripada kelopak mata ini..
Afaf , namanya indah seperti akhlaknya juga . Dialah satu2 sahabat yang rapat dengan saya ktika dia berusia 13 tahun dan saya berusia 14 tahun. sampailah hari ini ukhuwwah antara kami tetap erat..Jazakillah Afaf kern sudi berkongsi segala suka dan duka bersama.saya begitu menghargainya . U r my bez fren n sis ever !!
dan ingin juga saya berterima kasih kepada sahabat dunia akhirat saya
* AISYAH NAZRI *
Kerana beliau juga menjadi penghibur ketika diri ini dilanda kerisauan dan kegelisahan !
Aisyah , namanya indah begitu juga dengan peribadinya yang mulia..ketika usia kita menjangkau 17tahun..saat itu manis buat kita, kita bagaikan sahabat yang rapat n kemana2 sahaja kita pergi pasti bersama ..tapi ianya hanya berlaku sampai pertengahan tahun sahaja..saya tidak tahu mengapa perkara ini menjadi begini..mungkin ianya salah saya sendiri . saya bukanlah sahabat yang terbaik buat dirimu..banyak perkara yang terpendam dalam lubuk hati ini mengenai persahabatan kita .tapi saya x tahu kenapa susah untuk diluahkan..
pabila teringat tentang dirimu, saya sering kali teringat saat2 kau memeluk diriku ini..ucapan dr mulut manis mu begitu sukar untuk saya melupakan sehingga saat ini
" Aliah ! ana sayang awak ! ana sedar yang dulu kita rapat,tapi hubungan kita dah x macam dulu lagi..kita dah x rapat macam dulu.tapi walaubagaiman pun, ana sayangkan awak Aliah "
saya jugak menyayangi dirimu aisyah ..ketika kamu mengucapkan begitu, saya x tahu nak cakap apa..kelu lidah ini..maafkan kesalahan sahabatmu ini Aisyah, saya tahu, saya lah penyebab hubungan ini renggang..walaupun kita dah x macam dahulu, kenangan kita bersama memang saya x dapat lupakan..awak lah sahabat terbaik !! Moga kita ketemu kembali Aisyah ,jika tidak didunia insyaallah di akhirat kelak. dan jazakillah kerana sudi menguatkan diriku ni tika diri ini futur..
dan jazakillah jugak buat sahabat2 lain, Nazurah, syazwani,fatin dan lain2..Kamu semua sudi memberikan kata2 semangat saat diri ini resah ( SPM ).. saya menghargainya
Buat Ibu dan Ayah :
Syukran kerana sudi menguatkan diri ini n sering memberikan semangat kepada anakmu ini...insyaallah iya akan cuba berikana yang terbaik kepada ibu n ayah..Maaf andai diri ini sering melakukan sesuatu yang membuatkan hati kamu tersinggung..anakmu ini mohon ampun dan maaf..iya sayang ibu n ayah !!! begitu jugak dengan abang , akak, ajim n ecah..moga keluarga kita diberkati Ilahi ..
Surah Al-Baqarah : 286
" Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya .Dia mendapat pahala ( dari kebajikan ) yang diusahakan dan dia mendapat dosa ( dari kejahatan ) yang dikerjakan . Ya Tuhan Kami Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah .Ya Tuhan Kami janganlah Engaku bebankan kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami.Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya.Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami ,Engkaulah penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
Masyaallah begitu besar nikmat yang telah Engkau berikan kepada diriku ini..
Nabi sal llahu alaihi wassalam bersabda : aku kagum dengan seorang mukmin , kerana seorang mukmin apabila ditimpa kesusahan atau ujian , dia SABAR .apabila dia menerima kebaikan atau keuntungan, dia BERSYUKKUR . kedua2nya baik untuknya ..
lebih kurang begitulah maksud hadithnya..
Perbanyakkan ingat Allah, sabar n taubat atas segala yang dilakukan serta membaiki diri agar wujudnya sifat SABAR dalam diri..Ini bukan setakat menempuhi SPm tetapi ianaya juga untuk cabaran2 yang bakal mendatang dihari2 kelak..
Insyaallah saya akan cuba terima n redha dengan segala yang telah ditentukan oleh Allah..insyaallah saya yakin yang Allah dah susun yang terbaik untuk diri saya dan juga sahabat2 saya..mohon maaf kepada semua andai ada kesalahan ataupun kesilapan yang pernah saya lakukan..moga2 result yang bakal saya peroleh ini menjadi salah satu tarbiyah buat diri ini .. insyaalllah ..
maasssalamah..
Di sini ingin saya tujukan sajak saya buat sahabat2 seperjuangan saya yang mengenali diri ini ~
Tuesday, March 1, 2011
Kem Kepimpinan SRIKG
Mereka di Checkpoint Titian SukarKem yang berlangsung di Camp Resort , Ulu Yam Selangor.. ( 26-27 FEBRUARI 2011 )
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah !!!
Bersyukur kehadrat Ilahi dgn limpah dan kurnianya dpt lagi saya dan rakan-rakan bersama2 membantu sekolah LAMA kami yang penuh terbiyah ini..
Jam menunjukkan pukul 11…peserta seramai 40 orang.20 L dan 20 P..fasilitaor 6 orang sumenya..3 ustaz praktikum iaitu Ust Mustofa, Ust Zulkarnain dan Ust Muhsin ..3 kawan seperjuangan iaitu Aliah , Wan Nadhirah dan Izyan Nawwarah..adik2 seorang demi seorang datang dengan senyuman serta harapan terhadap kem ini..pagi-pagi hati ini perlu di ikhlaskan serta niat dengan niat yang betul..Setelah 30 minit menunggu kedatangan adik2 ,Alhamdulillah semuanya telah menghadirkan diri..
Bergeraknya kami 3 fasi - kawan seperjuangan sejak dari SRIKG - menaiki kereta yang di pandu oleh Cikgu Asiah sambil ditemani oleh cikgu Norizan..Perjalanan yang mengambil masa selama 40minit..Alhamdulillah sampai juga kami ke Camp Resort walaupun adik2 telah lama sampai dahulu..Kami diberi taklimat oleh Pak Ngah dan juga Guru Besar SRIKG,Ust Fauzi Naim..Selepas mengisi perut masing-masing dengan hidangan lauk yang cukup menaikkan selera adik-adik,kami bersama-sama menunaikan solat Zohor berimamkan Ust Mustofa ..Alhamdulillah semua telah berjalan dengan lancar..
Adik-adik semua bagaikan cacing kepanasan semasa Ust Zulkarnain memberi taklimat aktiviti seterusnya iaitu MANDI SUNGAI selama 2 jam 30 minit…nampaknya adik2 begitu bersemangat sekali bukan sekadar peserta2 malah fasilitator mereka juga sudah tidak sabar2 hendak terjun ke dalam sungai.Separuh mandi di sungai manakala separuh lagi mandi di dalam kolam bersebelahan dengan dewan..Alhamdulillah , kemudahan yang diberikan terlalu baik..
Mulanya hendak mengawal adik2 Nisa’ amatlah sukar ..Hakikatnya Adik2 Nisa’ lebih aktif daripada adik2 syabab dari segi segalanya..kami bertiga cuba berfikir bagaimana mahu mengubah adik pemimpin ini..Dari segi kerjasama , tingkah laku dan sebagainya..kami sentiasa bersembang dan mendengar masalah daripada adik2 kumpulan kami dan memberikan jawapan yang terbaik buat mereka..Barulah saya faham masalah adik2 pemimpin ini..Insyaallah semuanya baik2 adik2 ku !! Moga Allah memberkati antum semua..
Kehadiran Kem Komanden kem ini, Ust NoorKhairan Noordin ( Pensyarah Kolej Komuniti Sabak Bernam dan juga Ustaz kami ketika di Ibn Kathir) bersama 2 kawan ust , Khafifi dan Muhaimin..setelah kami ,Fasilitator diberikan Briefing dari Ust Khairan , kami semakin bersungguh-sungguh untuk membantu adik2 kami ini..Malam sudah menjelma..Adik2 didedahkan dengan pengisian yang amat berguna dalam bengkel Kursus Kepimpinan yang diberikan oleh Ust Khairan..Syabas buat adik2 semua..tiada seorang pun yang mengantuk !! semuanya segar dan memberikan tumpuan yang terbaikk..selepas selesai bengkel tersebut, adik2 diarahkan untuk duduk di dalam kumpulan dan memikirkan nama ,ketua dan kata semangat bg kumpulan..
Selepas selasai supper, kami semua mendirikan solat witir sebelum melelapkan mata..sebelum tidur,kami memantau adik2..kadang2 nak tergelak tengok adik2 yang ketakutan ..ada yg bace al-mathurat ( walaupun dah tengah malam ) , bace doa 3x ulang ..bila kami suruh tidur semuanya sambung baca doa..Lama kelamaan suara mereka tenggelam dek angin malam..Kami bertiga menuju ke chalet untuk melelapkan mata.Alhamdulillah aktiviti hari ini sudah selesai , Moga Allah menerima amalan kami sebagai salah satu ibadah kepadaNya.
Pukul 5 pagi, Tugasku belum selesai..Ketika kakiku melangkah keluar untuk mengejutkan adik2 tidur, Niat kena pasang dan betulkan keranaNya..Moga segala amalanku diterima Allah dan moga2 Allah permudahkan urusanku hari ini..Alhamdulillah, mengejutkan Adik-adik SRIKG bukanlah salah satu perkara yang sukar, begitu mudah mengejutkan mereka..Udara pagi yang segar,Alhamdulillah begitu besar nikmat yang Allah kurniakan kepada Hambanya.Sementara menunggu azan Subuh berkumandang ,kami diperdengarkan dengan ayat2 suci Al-quran..ketika surah Qiamat bergema didalam dewan, begitu bergetar jiwa , menusuk ke dalam kalbu..
Aktiviti mereka pagi2 ini ialah riadah,Outbound game dan Fear Factor..Alhamdulillah semuanya sudah berjalan dengan lancar..kami telah diberikan penerangan oleh Ust Khairan berkenaan dengan checkpoint masing2..Antara checkpoint yang sedia ada :
1 : Jambatan Manusia ( Izyan )
2 : Gula2 didalam Ulat ( Muhsin )
3 : Soalan tarbawi + katak & Cengkerik ( Zulkarnain )
4 : Belon Harapan ( Wan )
5 : Belut & batu emas,batu perak ( Mustofa )
6 : Titian Sukar ( Aliah )
Alhamdulillah , program semuanya telah habis dengan lancar.Moga2 Adik2 dapat pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan dan dapat membimbing adik2 di SRIKG dan moga2 segala usaha2 kami di kem ini menjadi salah satu ibadah kepada Allah.aminn
p/s buat Adik2 SRIKG :
gambar2 ana dah upload dalam fb ana..bole ambil la ye !