opppssss. Assalamualaikum w.b.t .
barulah sopaann. hehehe
Actually sebenarnya saya dah lama nak berkongsi dengan kawan-kawan semua mereka yang AWESOME yang pernah saya jumpa.. jeng jeng jeng..
mesti korang semua pikir lain kan. sebenarnya saya nak cerita tentang kawan-kawan saya yang SETIA susah senang bersama saya . walaupun kadang-kadang tu macam-macam masalah la kononnya, tapi masalah semua tu sekejup je ! PERCAYALAH !!! :P
apelah saya ni.dok bercerita intro tapi tak kenalkan pon dengan korang kan. ni hah orang yang AWESOME yang saya nak cerita ni ! ^^
Umi Kalsom nama diberi, orangnya cantik dan pemurah sangat.manja .. hahah
Dia ni garang tapi saya tak takot pun *tipu*. hehe. banyak benda yang dia tolong saya...thanx com.
lagi satu , dia ni orang paling gojez n HOT taw. hehe. jangan main-main.
Bainun Nizan. hah kecik comey ja dia ni. tapi sekali dia bercakap tak boleh berhenti satu,
ayat dia pon pedas woo. nway dia la Ratu Bainun. hahaha,buat kerja sana sini tak berhenti.
ringan tulang dia ni. baik sangat, asalkan dapat tolong orang semua tu dah buat dia gembira. hehe
Nor Fadzillah aka aral skayz. dia ni roomate saya dari sem 1 dan 2. macam-macam
saya dapat belajar bila duduk bersama dia, sekarang jarang jumpa dia,tapi kalau jumpa dia
mesti nak sembang lama-lama. hehe .mesti dia rindu nak 1 bilik dengan saya lagi.(perasan)hee.
Fatiha Sulaiman.actually rapat dengan dia melalui facebook dan kem. riang ria dia ni.
Asyik ketawa je kalau duduk dengan dia. dia ni spesial satu je,caring dekat kawan-kawan
dia sangat2,dan ade satu hari tu dia sampai mara saya sebab saya tak nak makan :'(.
tapi semua tu sebab dia sayangkan kawan-kawan dia, dan saya pon sayang dia jugak.
Fadzillah Arom .kak long kononnya ,hehe. sebabnya dia ni tua lahir bulan 1 . hehe.
Dia sama macam kalsom,banyak tolong saya dan kalau korang semua kenal dia mungkin
akan cakap dia garang,, errr -.-' . haha,tpi dia ni nampak je matang sebab dia konon-konon
matang,haha,kalau sebab kawan-kawan rapat dia,dia sanggup buat apa ja. terharu :')
love u kak long comel :D
Najah Sofea Qmaruddin Ahmad. actually dia ni kahwinmuda n da dapat anak sorang dah pun..
haha.GURAU jerrr.dia ni lembut ja tapi sebenarnya Katang, haha,kalau bab jalan laju
serahkan kat dia jer. wajah ayu dan tuannya pun ayu jugakk. dia ni salah seorang kawan yang
mula-mula sem 1 rapat dengan saya.tp x rapat sangat pastu dan kami KEMBALI RAPAT seperti dahulu :D
Rohani Hassan. dia ni kora musuh saya. jangan amik serius perkataan musuh tu, sebenarnya kami
ni selalu gaduh-gaduh ,tapi saya tak pernah amik serius pun kalau bergaduh dengan dia ,sebab apa ?
sebabnya kitorang gaduh-gaduh manja kata orang..haha.dan kami pun akhirnya jadi rapat ,
betul x mek ghoni?? hehe. orang hottest kottt.. ^^
semua dah kenal sedikit sebanyak tentang mereka kan. hehe. actually dorang ni semua kawan-kawan saya dekat UniSZA , so senang susah saya dengan diorang je. Terima Kasih sahabatt semuaa.Semoga Allah redha persahabatan kita semua ^^
nak kongsi sikit dengan korang semua .hehe. terimalah ..
Sahabatku
La Tansa bizikrillah wa la taiasu min rahmatillah!
Jangan sesekali kamu lupa dengan Allah
Nescaya Allah akan lupa kamu sebagaimana
Kamu lupa pada-Nya.
Jadikanlah Allah sebagai tempat pergantungan
Sepanjang hidup kamu
Berpegang teguhlah dengan “tali Allah”
Sahabatku,
Inginku mengingatkan bahawa
Perjuangan kita masih belum berakhir sebaik sahaja
Titisan qalammu menoktahi di atas kertas imtihanmu yang terakhir
Malah ia adalah titik perjuanganmu yang baru
Dalam arena Dakwah dan tarbiyah serta jihadmu
Sahabatku,
Maralah ke depan menuju era pembangunan Islam
Mengukuhkan panji dan syi`ar Islam daripada
Dirampas dari kaum yang ingkar akan perintah
Dan suruhan Allah
Sahabatku,
Perjalanan para du`at tidak akan pernah terhenti
Begitu juga para Tulla~bul `ilmi yang sentiasa dahagakan ilmu
Mereka tidak akan pernah berhenti selagi
Kematian tidak menemui mereka
Sahabatku,
Bersamalah menuju ke menara gading
Teruslah menguasai ilmu selagi hayat dikandung badan
Kemudian binalah “baitul muslim” yang kukuh
Kerana “baitul muslim" adalah asas pembentukan daulah Islam
Sahabatku,
Ingatlah kata-kata akhirku
Sebelum kamu melangkah ke alam
Realiti yang penuh dengan cabaran
Kukuhkanlah iman kamu dengan pelbagai persediaan
Teguhkanlah jati diri kamu supaya kamu
Tidak mudah “patah” dari panahan nafsu dunia
nukilan http://anonymous9310.blogspot.com/
sampai sini je. Moga Allah redha kita semua. wallahualam, ^^
1 comment:
hang nie nak kena NAJIYA...awat p letak gambo tuuuu.......maluuuuuu.....haisshhhh...ketuk kannnggg..
Post a Comment