Jom Bace !


Kasih Abadi Sentuhan Nurani

Friday, August 14, 2009

Kawalan Jangkitan A (H1N1) di Rumah


1.Amalan adab batuk yang baik
• Pesakit mesti amalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol. Buang semua tisu yang digunakan ke dalam tong sampah
2. Jaga kebersihan diri
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut:
• Kerap mencuci tangan dengan sabun atau air atau baham cuci tangan berasaskan alkohol.
• Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
• Cuci peralatan yang biasa digunakan dan permukaan-permukaan yang kerap disentuh dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa terdapat di rumah.
3. Jangan kongsi peralatan peribadi
• Jangan berkongsi peralatan peribadi.Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
4.Menjarakan diri (social distancing)
• Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
• Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggalkan di bilik berasingan.
• Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit (sekurang-kurangnya satu meter) untuk menggelakkan jangkitan.
• Sekiranya pesakit keluar rumah (contohnya mendapat rawatan) beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap memcuci tangan.
Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah
Secara umumnya demam selsema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu SEGERA mendapatkan rawatan di hospital jika demam serta batuk atau sakit tekak, DAN mempunyai sekuarang-kurangnya satu gejala berikut:
1. Sukar benafas.
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah.
3. Sakit dada berterusan.
4. Kerap cirit birit atau muntah yang kerap, atau kedua-duanya.
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berualang selepas 3 hari pulih.
6. Berkelakuan ganjil, celaru, kurang responsive kepada rangsangan, sawan.
7. Pening bila berdiri.
8. Kurang kencing.
Sama-samalah kita melakukan solat hajat dan berdoa semoga Allah menjauhkan kita semua daripada bala penyakit ini

Mulianya Wanita


Allah swt tidak menjadikan nabi di kalangan wanita. Tetapi Allah swt memuliakan wanita di dalam Al-quran dengan menamakan surah -an nisa’-.

Manusia yang pertama beriman kepada Allah swt selepas Rasulullah saw ialah wanita -Khadijah r.anha-.

Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita - Sumayyah r.anha-.

Dan Allah juga mengangkat perbuatan Siti Hajar r.anha yang juga seorang wanita yang berlari-lari antara Safa dan Marwah di dalam rukun haji, iaitu saie. Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda nabi yang mafhumnya, “Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya”.




Masya Allah, senang bunyinya. Tapi hakikatnya tidaklah semudah itu. Jika kita lihat bagaimana pengorbanan Siti Khadijah r.anha, tentunya kita takkan dapat tiru apa yang beliau telah lakukan. Sebelum memeluk Islam dan menjadi isteri Rasulullah saw, beliau ialah seorang hartawan, peniaga yang mashyur dan terkenal. Tetapi sebaik sahaja beliau beriman kepada Allah, seluruh hartanya diinfaqkan(dibelanjakan) ke jalan Allah swt. Sehinggakan di akhir hayatnya, ketika di pangkuan Rasulullah saw, katanya “Ya Rasulullah, jika tulang belulangku ini dapat dijadikan jambatan untuk keluar ke jalan Allah, maka ambillah. Aku redha ya Rasulullah”.



Begitu juga kisah Sumayyah r.anha yang semua ahli keluarganya habis di bunuh oleh pembesar kafir Quraisy. Iman di dadanya sedikitpun tidak goyah hatta nyawanya menjadi korban kerana dia yakin, syurga Allah telah menantinya. Kesabaran dan ketaatan Siti Hajar r.anha kepada suaminya dan iman yang kental terhadap tuhannya, membuatkan beliau tidak sedikit pun gentar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang panas, yang tiada asbab untuk hidup bersama bayinya Nabi Ismail a.s yang masih merah. Tetapi Allah maha besar, setiap hamba yang taat kepadaNya akan dibalas dengan kebaikan. Dari hentakan kaki nabi Ismail a.s, maka terpancutlah air zam-zam yang Allah janji tidak akan kering sehingga hari Kiamat.



Allahu Akbar!. Betapa besarnya pengorbanan para sahabiah r.anha ketika itu. Sanggup kehilangan harta, suami, anak-anak demi agama Allah swt. Kerana mereka yakin dengan janji Allah swt, Allah telah beli diri, harta dan masa orang mukmin dengan syurga Allah swt. Apa lagi yang kita harapkan jika Allah swt sendiri dah tawarkan syurgaNya untuk kita ? . But for sure, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ganjaran itu. Dan dunia ini adalah tempat untuk kita membuktikannya. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya , “Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”.


Sunday, July 26, 2009

Tag

salam..jazakillah zahrina tag ana..ana akn cube jwb yg mampu sje..

1- nama timangan anda?
alia,iya n liya..byk sgt x terkire..he3

2- anda seorang yg?
lemah n Hina D sisi ALLAH..(dlm proses mengubah diri)

3- insan yg teristimewa?
ayah,ibu,family yg len n frenz(smik or luar smik)luv u all coz ALLAH

4- lagu kesukaan?
Unic(hanyut)..byk la..x terlarat nk tulis..he2

5- makanan kesukaan anda?
sume yg halal..

6- sikap yg membuatkan anda stress?
ble dgr someone bebel kat hustel..he3..

7- warna kegemaran anda?
Putih,hitam,biru cair n merah

8- benda yg mesti ade dlm beg?
enset,buku,pensil box

9- kali terakhir anda menangis?
time arwah nenek ana meninggal dunia n time akhir kem UNIQ..

maaf klu salah yer..
wassalam

Friday, July 3, 2009

Tiada Cinta Sebelum Akad Nikah


salam..

sedikit buat perkongsian bersama..


Kata2 Hikmah:

"Sesiapa yg mencintai dan menyembunyikan perasaan itu sehingga kematian datang menjemputnya maka dia seorang yg SYAHID.."


bahaya bercinta:

1)mengikut hawa nafsu

2)melupakan allah s.w.t

3)fikiran menjadi tidak rasional

4)rohani dan jasmani terganggu



tips menjauhi cinta monyet:

1)berpegang teguh dgn keyakinan diri n prinsip hidup

2)tetapkan misi

3)bersahabat dgn rakan yg sejantina dan yg soleh

4)sibukkan masa dgn perkara yg berguna

Wednesday, June 3, 2009

SediKit PerKongSian

salam..
hari nie ana nk berkongsi skit pe yg ana dpt dlm Program Daurah Fikrah Islamiyah..


✖Ciri2 Khusus Pergerakan Islamiyah
✖حصائص الحركة الاءسلامية

1-Juah daripada dikuasai mana2 pemerintah atau parti politik
-البعد عن هيمنة الحكام والسياسين

2-Peringkat2 Dalam Setiap Langkah
-التدرج فى الخطوات

★Tahap Pengenalan
=ke arah mentauhidkan ALLAH.
مرحلة التعريف-
★Tahap Bentuk
مرحلة التكوين-
★Tahap Pelaksanaan
مرحلة التنفيذ-

3-Mengutamakan Kerja dan Hasil Propaganda.
ايثار العمل والانتاج على الدعاية والاعلام-
=cth:kte lebih byk bekerja drpd bercakap..

4-Perjalanan Pergerakan Islam Bernafas Dengan Panjang
سياسة النفس الطويل-
=Sentiasa Berfikir Panjang Sebelum Melakukan Sesuatu

5-Mengiklankan Kerja
علانية العمل وسرعية التنظيم-
=Berterus terang dalam Bekerja tapi merahsiakan strategi.

6-Mengasingkan Jiwa Tanpa Badan
العزلة النفسية لا الحسية-

7-Matlamat Yg X menghalalkan Cara
الغاية لا تبرر الوسيلة-

✖Persiapan Harakah Islam Memerlukan:
-Iman
-Jihad

Thursday, March 19, 2009

Selamat Pengantin Baru
















Semoga ALLAH merahmati mu..terbinanya mahligai yg mulia..
pd tanggal 15.3 ..hari yang bersejarah bg Noor Khairan b.Nordin(ustaz) berkhidmat sebagai pensyarah di sabak bernam dan Bakuratul Amani sebagai ustazah di kota kinabalu..
sudah lama kami menunggu hari yg bersejarah dlm hidup ustaz Khairan,akhirnya bersatulah hati ini..Walaupun ana x pergi ke kenduri(kedah)tp ana di sini berdoa semoga ustaz dan isteri di dlm lindungan ALLAH
Snanye ana x taw nak tulis ape ..sjeje nak tlis..
kk..
assalamualaikum..

Sesiapa nak tahu lebih lanjut belilah surat khabar harakah(20/3-22/3)..



Tuesday, January 6, 2009

ReSuLt PMR

salam..

rasenye dah lame x update blog nie..boring2 dok umah,drpd wat bende lain lebey baik taip kat blog nie..
tanggal 30/12/2008,
hari yang mendebarkan,mengerunkan..tapi x de la takut sgt..hehe
result PMR kuar ari nie..
pgi2 kol 10.00 aku,adik aku n mak ak bertolak menuju ke SMIK..berdebar2 la jugak..tipu la klu sape yg x berdebar..
dlm perjalanan tue,abg ak(ajim)kol phone ak..rupenye die n kakak aku kat umah dah taw result ak..us.muzakkir bgtau..
berdebar2 time ajim bgtau 2..die pulak wat surprise..ckap pelan2..huhu
result ak x de la baik sgt n x teruk sgt..

B.melayu:A
Pendidikan islam:A
Khb:A
Matematik:B
B.inggeris:B
GeOgafi:B
Sejarah:B
B.arab komunikasi:C
Sains:C.
=3A 4B 2c

sikit je ak dapat..
terkilan,sedey sgt2..
subjek yg ak target dpat A,ak x dpt A.
ak target geografi A,tp KHB plak yg dpat A..
x sangke plak..
tp smua takdir..ak mampu bersyukur..
alhamdulillah..
alhamdulillah...

k..la..sajeje nk tulis..
sampai ni saje..
wassalam..

Friday, December 19, 2008

SeNtUhANmU AYAH...

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu Mengheret aku mentafsir memori silammu Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team

AkU MaLu MeNeGuR PeRkArA mUngKaR

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu

Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

Allah melihat usaha kita

Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.