Jom Bace !


Kasih Abadi Sentuhan Nurani

Wednesday, January 2, 2013

selamat PAGI !!

ye selamatt pagi semuaaaa..
pagi-pagi ni baiklah kiranya kita semua memberikan senyuman yang manis macam smiley ni. hehe


comel jer dia senyum , macam tu jugak anda semua kalau memberikan senyuman seperti ini.. senyummmm. hahaha.pagi nia saja ja saya nak berkongsi sedikit petua awet muda...
AWET MUDA??? really ? haha.
nak taw tak semua ?? jom kite tengokk bersama . tapi sebelum tu cuba senyum macam ni. hehe

hah ! boleh x senyum macam ni ? hehe. gurau jerrr.ok nahh beberapa petua ni :

PETUA AWET MUDA :

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.


2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.


3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.


6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.


7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.


8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.


9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. - Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat


10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.


11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.


12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.


13. Amalkan solat tahajud.


14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.


15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.


16. Maafkan semua orang sebelum tidur.


oke done. sebab tu lah wajah cik aliah ni sentiasa nampak muda je. ade rahsia rupenya dia. haahah . selamat mencuba semua .
jangan lupa untuk beri senyuman yang paling manis :D
wallahualam


mereka ! AWESOME ^^

hai sume !
opppssss. Assalamualaikum w.b.t .
barulah sopaann. hehehe

Actually sebenarnya saya dah lama nak berkongsi dengan kawan-kawan semua mereka yang AWESOME yang pernah saya jumpa.. jeng jeng jeng..

mesti korang semua pikir lain kan. sebenarnya saya nak cerita tentang kawan-kawan saya yang SETIA susah senang bersama saya . walaupun kadang-kadang tu macam-macam masalah la kononnya, tapi masalah semua tu sekejup je ! PERCAYALAH !!! :P

apelah saya ni.dok bercerita intro tapi tak kenalkan pon dengan korang kan. ni hah orang yang AWESOME yang saya nak cerita ni ! ^^


Umi Kalsom nama diberi, orangnya cantik dan pemurah sangat.manja .. hahah
Dia ni garang tapi saya tak takot pun *tipu*. hehe. banyak benda yang dia tolong saya...thanx com.
lagi satu , dia ni orang paling gojez n HOT taw. hehe. jangan main-main.


Bainun Nizan. hah kecik comey  ja dia ni. tapi sekali dia bercakap tak boleh berhenti satu,
ayat dia pon pedas woo. nway dia la Ratu Bainun. hahaha,buat kerja sana sini tak berhenti. 
ringan tulang dia ni. baik sangat, asalkan dapat tolong orang semua tu dah buat dia gembira. hehe


Nor Fadzillah aka aral skayz. dia ni roomate saya dari sem 1 dan 2. macam-macam
saya dapat belajar bila duduk bersama dia, sekarang jarang jumpa dia,tapi kalau jumpa dia
mesti nak sembang lama-lama. hehe .mesti dia rindu nak 1 bilik dengan saya lagi.(perasan)hee.


Fatiha Sulaiman.actually rapat dengan dia melalui facebook dan kem. riang ria dia ni.
Asyik ketawa je kalau duduk dengan dia. dia ni spesial satu je,caring dekat kawan-kawan
dia sangat2,dan ade satu hari tu dia sampai mara saya sebab saya tak nak makan :'(.
tapi semua tu sebab dia sayangkan kawan-kawan dia, dan saya pon sayang dia jugak.


Fadzillah Arom .kak long kononnya ,hehe. sebabnya dia ni tua lahir bulan 1 . hehe.
Dia sama macam kalsom,banyak tolong saya dan kalau korang semua kenal dia mungkin
akan cakap dia garang,, errr -.-' . haha,tpi dia ni nampak je matang sebab dia konon-konon
matang,haha,kalau sebab kawan-kawan rapat dia,dia sanggup buat apa ja. terharu :') 
 love u kak long comel :D


Najah Sofea Qmaruddin Ahmad. actually dia ni kahwinmuda n da dapat anak sorang dah pun..
haha.GURAU jerrr.dia ni lembut ja tapi sebenarnya Katang, haha,kalau bab jalan laju
serahkan kat dia jer. wajah ayu dan tuannya pun ayu jugakk. dia ni salah seorang kawan yang
mula-mula sem 1 rapat dengan saya.tp x rapat sangat pastu dan kami KEMBALI RAPAT seperti dahulu :D


Rohani Hassan. dia ni kora musuh saya. jangan amik serius perkataan musuh tu, sebenarnya kami
ni selalu gaduh-gaduh ,tapi saya tak pernah amik serius pun kalau bergaduh dengan dia ,sebab apa ?
sebabnya kitorang gaduh-gaduh manja kata orang..haha.dan kami pun akhirnya jadi rapat , 
betul x mek ghoni?? hehe. orang hottest kottt.. ^^

semua dah kenal sedikit sebanyak tentang mereka kan. hehe. actually dorang ni semua kawan-kawan saya dekat UniSZA , so senang susah saya dengan diorang je. Terima Kasih sahabatt semuaa.Semoga Allah redha persahabatan kita semua ^^

nak kongsi sikit dengan korang semua .hehe. terimalah ..

Sahabatku
La Tansa bizikrillah wa la taiasu min rahmatillah!
Jangan sesekali kamu lupa dengan Allah 
Nescaya Allah akan lupa kamu sebagaimana 
Kamu lupa pada-Nya.
Jadikanlah Allah sebagai tempat pergantungan 
Sepanjang hidup kamu 
Berpegang teguhlah dengan “tali Allah”


Sahabatku, 
Inginku mengingatkan bahawa
Perjuangan kita masih belum berakhir sebaik sahaja 
Titisan qalammu menoktahi di atas kertas imtihanmu yang terakhir
Malah ia adalah titik perjuanganmu yang baru
Dalam arena Dakwah dan tarbiyah serta jihadmu


Sahabatku,
Maralah ke depan menuju era pembangunan Islam
Mengukuhkan panji dan syi`ar Islam daripada 
Dirampas dari kaum yang ingkar akan perintah
Dan suruhan Allah


Sahabatku,
Perjalanan para du`at tidak akan pernah terhenti 
Begitu juga para Tulla~bul `ilmi yang sentiasa dahagakan ilmu
Mereka tidak akan pernah berhenti selagi 
Kematian tidak menemui mereka


Sahabatku,
Bersamalah menuju ke menara gading
Teruslah menguasai ilmu selagi hayat dikandung badan 
Kemudian binalah “baitul muslim” yang kukuh
Kerana “baitul muslim" adalah asas pembentukan daulah Islam


Sahabatku,
Ingatlah kata-kata akhirku 
Sebelum kamu melangkah ke alam
Realiti yang penuh dengan cabaran
Kukuhkanlah iman kamu dengan pelbagai persediaan
Teguhkanlah jati diri kamu supaya kamu 
Tidak mudah “patah” dari panahan nafsu dunia

nukilan http://anonymous9310.blogspot.com/ 

sampai sini je. Moga Allah redha kita semua. wallahualam, ^^


Tuesday, January 1, 2013

KAHWIN MUDA ?? jangan ingat ianya perkara yang mudah ^^


salam..
sekarang ni kalau kita tengok dekat facebookk,twitter,tumblr, and ape lgi ea? semuanya mesti orang cerita tentang kahwin muda, kahwin muda,kahwin muda.. !
kadang-kadang rasa macam nak kahwin muda jugak la ! wink wink. tapi semuanya itu bukannya satu benda yang mudah . banyak yang kita kena fikir.
so hari ni saya nak berkongsi sikit apa yang saya baca-baca and wat kajian sedikit dekat alam maya ni.
bole kita start sekarang ? heehe

ni antara cabaran-cabaran kahwin awal. hehe

Pertama sekali , setiap pasangan tu mestilah bersedia dari segi mental dan rohani..Biar la apa orang nak cakap kat kita, nak mengata pun..sabar je la...Jodoh pertemuan itu ketentuan Allah s.w.t.. Manusia mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Jika kita ditentukan berkahwin dalam usia muda, mungkin itulah yang terbaik yang telah Allah tentukan untuk kita.


Yang kedua ialah mereka perlu mempunyai sumber kewangan yang stabil..tak boleh la lepas kawen je , xde duit nak bagi isteri dan anak - anak makan lak..itu tak digalakkan di dalam islam kan...Kebanyakan remaja sekarang beranggapan kahwin pada usia muda banyak masalah. erm , mungkin mereka xde pendapatan yang kukuh..Jadi , kalau nak berkahwin muda tu , kena la fikir masak - masak dulu ye..Jangan nak ikut seronok je...


Cabaran yang ketiga ialah pengurusan masa...kita mesti pandai menguruskan masa semasa berumahtangga....contohnya , isteri kena la bangun awal sediakan sarapan untuk suami kan...kalau suami jenis yang xsuka sarapan pagi2 , kita buatkan bekal..nanti dia makan la..Kalau masa bujang2 , xmakan pagi pon xpe..hahah..pegi kantin atau kedai , beli je..haha..tp kalau dh kawen xkan nk buat mcm tu jugak...


Seterusnya , kalau kita  berkahwin semasa masih belajar , kita kena fikirkan tentang family planning..Kalau nak anak semasa masih belajar , kena la pandai menguruskan masa...contohnya bagaimana cara menguruskan bayi , study dan rumah tangga..penting tu!


Apa pun, semuanya terpulang kepada individu itu sendiri. Realitinya, kehidupan sebelum dan selepas berkahwin adalah berbeza..Contohnya , tiap2 malam je mesti nak keluar dating..hahha..mesti nak kena pilih menu kat kedai nak makan pe..pening kan??mesti ramai yg mcm ni kan??ehheh...tp , lepas dh kawen , senang lak...xyah fikir nak makan pe..masak je apa yang ada kat dapur tu..sedap ke xsedap ke , suami tetap makan jugak..hahah...ala, nak amik hati isteri la kot kan??hahah...

Tapi .......

ada jugak lelaki takut nak kawin awal. hah ! kenapa ea? mungkin sebab ini kottt ....



banyak betul kena guna duit sekarang. tapi kan .. 
" mahar yang rendah adalah mahar yang paling diberkati " kata-kata Ustaz Azhar idrus.. betul tu. saya sokong. kadang-kadang pemikiran orang sekarang kahwin je semuanya nak mewah. apa salahnya kalau kita semua besederhana kan?? itu lebih elok. Agama islam agamanya yang sederhana yang penting berkat tu kita dapat. 
hhehe


Apa pesanan Nabi Muhammad s.a.w dalam bab-bab memilih pasangan hidup?
Kita perhatikan makna hadith berikut, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud,
Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, cantik rupa parasnya, banyak hartanya, baik keturunannya atau kuat agamanya. Maka pilihlah yang kuat agamanya
Rasulullah S.A.W. sendiri memberikan kita ciri-ciri perempuan yang baik untuk dikahwini. Apabila berhadapan dengan situasi tak tau nak pilih perempuan yang macam mana untuk dijadikan isteri, maka pilihlah perempuan yang beragama. Maksud beragama disini bukanlah semata-mata Islam, tetapi adalah seseorang yang benar-benar faham mengenai Islam, dan mengamalkan Islam 100% dalam kehidupan seharian.
Jangan terkeliru dengan wanita beragama seperti yang banyak terdapat dalam pasaran. Nama je Islam, tapi tutup aurat tak nak, melayan semua lelaki tanpa ada rasa malu, solat kejap buat kejap tak buat malahan lagi banyak tak buat daripada buat.. haa perempuan macam ni lagi molek kita reject daripada kita terima untuk dijadikan calon isteri. Melainkan kalau datang kesedaran untuk mereka berubah, maka tak salah kalau diberi peluang..

1. Cantik Rupa Parasnya

Lelaki memang mudah jatuh hati dengan wanita yang memiliki rupa paras yang cantik. Kalau lelaki itu normal, memang susah untuk dia mengelak untuk bertentang mata dengan wanita yang cantik jelita. Kalau tak dapat tengok straight mata ke mata, dapat jeling sikit pun jadilah.
Kecantikan ni adalah sesuatu yang tak kekal.
Sewaktu masih muda remaja, memang wanita itu nampak cantik, anggun, ayu dan sebagainya. Tetapi setelah masa berganti masa, wajah yang dulunya ayu tetap akan jadi layu.
Sanggupkah wahai lelaki untuk menerima dirinya seadanya, atau sanggupkah wahai lelaki untuk menentang hukum tuhan dengan melawan proses penuaan? Nak beli anti-aging product, serum, facial treatment, botox.. semuanya tak akan kekal.
Habiskanlah berjuta-juta duit sekalipun, tetap wajah yang cantik akan pudar akhirnya.

2. Harta yang Banyak

Orang kita ini bila ada duit yang banyak, ada rumah, ada kenderaan, ada pekerjaan yang baik, dia dah mula rasa macam separuh dari dunia ini dah jadi milik dia. Apa nak jadi dekat tempat lain itu dah jadi bukan urusan dia. Dia tak nak ambik port langsung.
Sesiapa (lelaki) yang berjaya memenangi hati wanita yang memang dalam keluarga yang berharta, umpamanya dia dah memenangi jack pot!
Dah tak perlu lagi nak memikirkan hal-hal dunia.
Tetapi awas, memilih wanita yang berharta sedangkan diri adalah seorang yang sederhana atau papa kedana, yelah rumah tak ada, kenderaan tak ada, duit pun tak ada.. hanya akan menjadikan diri hina dihadapan wanita yang berharta itu tadi. Bila-bila masa diri si lelaki itu boleh dihina, di herdik, dicaci oleh kerana asal-usulnya yang miskin.
Kalau sanggup berhadapan dengan situasi penghinaan macam ni, silakan lah pilih wanita yang berharta.
Err.. by the way.. mana ada perempuan kaya nak kan lelaki miskin. Mana ada perempuan kaya nak hidup susah. Dalam filem hindi ada lah. Itu pun depa just ikut script yang tuandirector bagi je, bukan betul-betul terjadi pun.
Dalam sejarah yang saya pernah baca, perempuan kaya yang nak kahwin dengan lelaki miskin cuma Saidatina Siti Khadijah je. Selain dari dia, tak pernah dengar lagi kat mana-mana.

3. Keturunan Yang Baik

Katakanlah wanita yang berjaya menarik hati si lelaki itu tadi adalah kerabat di raja, anak kepada Yang Di Pertuan Agung.. hmm nampak sangat tak matching untuk di jodohkan dengan orang kebanyakkan. Dah la orang kebanyakkan, miskin pulak tu.

4. Pilihlah Yang Kuat Agama

Antara empat aspek yang patut dijadikan sebab mengapa seseorang wanita itu dinikahi, rasulullah s.a.w menitikberatkan aspek agama sebagai main priority.
Wanita yang kuat agama dah pasti akan faham hakikat syurga dibawah telapak kaki suami. Bukan nak kata dekat tapak kaki suami itu ada syurga, tetapi nak beritahu yang keredhaan suami itu bakal menjadi salah satu sebab untuk si isteri dapat masuk ke syurga.
Kalau si suami dapat memperisterikan wanita yang kuat agamanya, yang menjaga tatasusila sebagai seorang muslimah, nescaya aman rumah tangganya. Tak adanya si isteri tu tadi nak gatal-gatal main kayu tiga dengan suami. Tak ada nak mengada-ngada nak main facebookduk melayan jantan-jantan dekat internet.
Sebab wanita yang solehah ini faham, apabila dirinya telah dinikahi, dirinya hanyalah untuk suami. Dia kena jadi sombong dengan lelaki lain. Tak ada nak menggedik-gedik dengan lelaki lain walaupun lelaki itu merupakan classmate dia masa waktu belajar dulu.
Kalau si isteri ni dapat tahu yang suaminya ada tanda-tanda dah jatuh hati dengan perempuan lain, dengan senang hati dan berlapang dada juga dia menerima keputusan suami untuk berpoligami.
Poligami itu bukan undang-undang yang manusia saja-saja ciptakan. Bukan. Itu merupakan satu jalan keluar yang dibenarkan oleh Allah s.w.t. apabila berhadapan dengan situasi lelaki tak setia pada yang satu itupun jika seseorang lelaki itu mampu untuk berlaku adil dan mampu untuk kahwin lagi satu. Tak perlulah nak melalui proses gaduh-gaduh, berhubungan sulit, cerai-berai dan lain-lain.
Apa yang biasa saya lihat dalam surat khabar, kes-kes perceraian ni berlaku antaranya disebabkan oleh suami dan isteri mempertikaikan hukuman dan ketetapan yang Allah s.w.t dah tetapkan dalam Islam. Ha.. eloklah, dua-dua tak faham agama, dua-dua jahil.. jadinya untuk orang-orang yang jahil, jalan keluar yang dia nampak cuma satu. Iaitu talak.
****
Berkahwin dalam usia muda ini memang satu perkara yang absolutely awesome.
Di waktu para muda-mudi hanyut dialun ombak rindu bersulam dosa, kita rileks je dengan pasangan hidup kita yang dah sah dalam ikatan pernikahan yang suci.
Bila saya bukak facebook sejak dua menjak ni, without fail ada je jemputan majlis perkahwinan si fulan dengan si fulanah pada sekian-sekian haribulan.
Bukan tak bagus kahwin di usia muda, bagus.. kita boleh elakkan maksiat dan dapat menyalurkan gelora hawa nafsu ditempat yang sah malahan dapat pahala lagi tu, tapi cuma satulah perkara yang mungkin perlu diambil perhatian.
Sebab apa kita nak nikahi seseorang wanita itu? Adakah sebab kecantikannya? Atau mungkin ke sebab hartanya? Keturunannya?
Sebaik-baiknya, pilihlah yang kuat agamanya.




hah ! sajeje nak post gambar kawin ni actually nak bagi masok dengan post ni. jangan ingat saya mengatai nak kawinn pulak, post ni ditujukan buat kawan2 saya yang dari dulu dok cite pasai kawen muda . nahh ! saya kongsi sikittt . hehe

Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,
yang bersama anda di kala panas atau hujan,
yang sudi melengkapi kekurangan anda,
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda,
yang akan melahirkan zuriat anda
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya…
Apa ditunggu lagi??


Hantarkan rombongan meminang secepat yang mungkin! :)  
wallahualam

NEW POSTT !!

salam semuaa !!

lama dah saya tak post kan. agaknya dah setahun lebih kot. ade x? ade x? hehe
insyaallah dengan berbekalkan keazaman ini, saya nak sambung menuliss balik dekat
blog yang dah bersawang berhabuk dah ni. hehe
insyaallah nantikan post terbaru saya nanti !! wink wink