Jom Bace !


Kasih Abadi Sentuhan Nurani

Thursday, May 19, 2011

warkah buatmu adik2~




Salam , kehadapan adik2 yang akak sayangi , Adik2 aset ummah , pewaris islam di masa hadapan dan adik2 yang sentiasa berada di bawah lindungan Ilahi..Akak x mahu bercakap banyak , Just ada sikit perkara yang akak nak adik2 tahu bahawa akk sayang adik2 kerana Allah . Adik2 adalah anugerah dari Allah yang begitu bermakna bagi akak . Pertama kali kita bersua , perasaan sayang akak mula berputik dan kian berputik sehinggalah hari ini ......


Dan ......
tanpa kita sedari lagi 2 kali untuk kita bersama .. mungkin bagi adik2 kami nie bukan yang terbaik yang adik2 mahukan, tapi ketahuilah bahawa adik2 adalah yang TERBAIIKKKK dan TERISTIMEWAA buat akak2 , mungkin ada yang tidak sabar menanti bilakah masanya kami pergi meninggalkan kalian , tetapi hati kecil ini x dapat menipu bahawa akak sedih mahu meninggalkan adik2 . Maaf jika akak mungkin dah x banyak bercakap dengan adik2 sewaktu di sekolah .. mengapa ? kerana akak sedih bila melihat wajah kalian dan terharu apabila mengenangkan bahawa kami akan meninggalkan kalian .. melihat kalian belajar , membuatkan akak kagum dengan kalian kerana kalian datang secara konsisten dengan program yang dianjurkan, tetapi alangkah indah jika kita hadir membawa hati yang ikhlas kerana Allah kan adik2 ..

akak2 mengharapkan 2 hari yang bakal kita tempuhi bersama ini dapat dimanfaatkan dengan baik dan mungkin ianya bakal menjadi memori yang terindah buat akak sebelum akk2 melangkah ke alam IPT . Terima Kasih , Syukran , Thank You buat adik2 yang sudah banyak memberikan kebahagiaan pada diri akak dan akak2 yang lain semasa keberadaan kami disini.. kami begitu menghargai adik2 kalian..adik2 sudah kami anggap seperti adik kandung kami sendiri, mendengar luahan kalian seperti mendengar luahan adik kepada seorang kakaknya ..begitu bahagia sekali saat2 itu ..

KENAKALAN , KEMESRAAN dan KEMANJAAN yang adik2 pamerkan kepada akak begitulah bermakna buat diri akak .Mungkin sesiapa yang pernah di conduct oleh akak untuk apa2 program sekalipun , mereka tidak sama seperti yang akak rasakan seperti kamu, nak meninggalkan kalian sperti satu perkara yang sukar untuk akak laksanakan. akak x sempat nak terus membimbing adik2 dalam masa 4 bulan sahaja .kalau dihitung , begitu lama masa kita bersama , tetapi bagi akak ianya adalah satu masa yang BEGITU .. BEGITUU.. singkat sekali .

Jika masa boleh diulang kembali dan jika ada peluang untuk akak bersama kalian , pasti akak x akan lepaskan peluang berharga begini . jika boleh lagi kita bersama pasti akak akan bersama


kalian ..

Akhir kalam , marilah sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah .memperbaiki amalan lahiriah dan batiniah diri masing2 .Hanya kita yang benar2 mengetahui tahap amalan kita .sejauh mana amalan-amalan itu ikhlas kerana Allah .Hanya hati kita sendiri yang dapat menilainya .Sejauh mana kita dapat merasai kenikmatan iman dan amal itu sendiri ..

Janganlah pernah kita berputus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah.ketahuilah , ujian2 dan cabaran2 yang bakal kita hadapi bakal jauh lebih mencabar dan menekan di masa hadapan nanti.Janganlah dunia ini yang melemahkan kita dan memesongkan kita dari landasan menuju ilahi.tidakkah kita benar2 menyakini Hanya apa yang kita landaskan ini mampu memberikan kita balasan SYURGA Allah kelak ? dan tidakkah kita yakin hanya apa yang kita landaskan ini akan menjauhkan kita dari NERAKA kelak 
semoga Allah menetapkan hati kita terus menerus dalam kerahmatan ini ..

special 4 u all :
Boys:
Iqbal ,qabir ,awais,abdul rahman,khai,muzaffar
Girls:
shiba,mira ,farahin,abdah,linda,leha,sila ,ba'ain,zubaidah,yati,farhana ,ruqayyah,shazwin


* maaf sangat2 buat adik2 yang akak x ingat nama, insyaallah kalu melihat muka adik2 akak x lupa , juz nama 2 klu diulang kembali baru ingat..maaf ye *
wassalam


~mencari cinta Ilahi93~
teratak ASM indah
1.00am 20/5/2011

No comments: