Jom Bace !


Kasih Abadi Sentuhan Nurani

Thursday, May 19, 2011

warkah buatmu adik2~




Salam , kehadapan adik2 yang akak sayangi , Adik2 aset ummah , pewaris islam di masa hadapan dan adik2 yang sentiasa berada di bawah lindungan Ilahi..Akak x mahu bercakap banyak , Just ada sikit perkara yang akak nak adik2 tahu bahawa akk sayang adik2 kerana Allah . Adik2 adalah anugerah dari Allah yang begitu bermakna bagi akak . Pertama kali kita bersua , perasaan sayang akak mula berputik dan kian berputik sehinggalah hari ini ......


Dan ......
tanpa kita sedari lagi 2 kali untuk kita bersama .. mungkin bagi adik2 kami nie bukan yang terbaik yang adik2 mahukan, tapi ketahuilah bahawa adik2 adalah yang TERBAIIKKKK dan TERISTIMEWAA buat akak2 , mungkin ada yang tidak sabar menanti bilakah masanya kami pergi meninggalkan kalian , tetapi hati kecil ini x dapat menipu bahawa akak sedih mahu meninggalkan adik2 . Maaf jika akak mungkin dah x banyak bercakap dengan adik2 sewaktu di sekolah .. mengapa ? kerana akak sedih bila melihat wajah kalian dan terharu apabila mengenangkan bahawa kami akan meninggalkan kalian .. melihat kalian belajar , membuatkan akak kagum dengan kalian kerana kalian datang secara konsisten dengan program yang dianjurkan, tetapi alangkah indah jika kita hadir membawa hati yang ikhlas kerana Allah kan adik2 ..

akak2 mengharapkan 2 hari yang bakal kita tempuhi bersama ini dapat dimanfaatkan dengan baik dan mungkin ianya bakal menjadi memori yang terindah buat akak sebelum akk2 melangkah ke alam IPT . Terima Kasih , Syukran , Thank You buat adik2 yang sudah banyak memberikan kebahagiaan pada diri akak dan akak2 yang lain semasa keberadaan kami disini.. kami begitu menghargai adik2 kalian..adik2 sudah kami anggap seperti adik kandung kami sendiri, mendengar luahan kalian seperti mendengar luahan adik kepada seorang kakaknya ..begitu bahagia sekali saat2 itu ..

KENAKALAN , KEMESRAAN dan KEMANJAAN yang adik2 pamerkan kepada akak begitulah bermakna buat diri akak .Mungkin sesiapa yang pernah di conduct oleh akak untuk apa2 program sekalipun , mereka tidak sama seperti yang akak rasakan seperti kamu, nak meninggalkan kalian sperti satu perkara yang sukar untuk akak laksanakan. akak x sempat nak terus membimbing adik2 dalam masa 4 bulan sahaja .kalau dihitung , begitu lama masa kita bersama , tetapi bagi akak ianya adalah satu masa yang BEGITU .. BEGITUU.. singkat sekali .

Jika masa boleh diulang kembali dan jika ada peluang untuk akak bersama kalian , pasti akak x akan lepaskan peluang berharga begini . jika boleh lagi kita bersama pasti akak akan bersama


kalian ..

Akhir kalam , marilah sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah .memperbaiki amalan lahiriah dan batiniah diri masing2 .Hanya kita yang benar2 mengetahui tahap amalan kita .sejauh mana amalan-amalan itu ikhlas kerana Allah .Hanya hati kita sendiri yang dapat menilainya .Sejauh mana kita dapat merasai kenikmatan iman dan amal itu sendiri ..

Janganlah pernah kita berputus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah.ketahuilah , ujian2 dan cabaran2 yang bakal kita hadapi bakal jauh lebih mencabar dan menekan di masa hadapan nanti.Janganlah dunia ini yang melemahkan kita dan memesongkan kita dari landasan menuju ilahi.tidakkah kita benar2 menyakini Hanya apa yang kita landaskan ini mampu memberikan kita balasan SYURGA Allah kelak ? dan tidakkah kita yakin hanya apa yang kita landaskan ini akan menjauhkan kita dari NERAKA kelak 
semoga Allah menetapkan hati kita terus menerus dalam kerahmatan ini ..

special 4 u all :
Boys:
Iqbal ,qabir ,awais,abdul rahman,khai,muzaffar
Girls:
shiba,mira ,farahin,abdah,linda,leha,sila ,ba'ain,zubaidah,yati,farhana ,ruqayyah,shazwin


* maaf sangat2 buat adik2 yang akak x ingat nama, insyaallah kalu melihat muka adik2 akak x lupa , juz nama 2 klu diulang kembali baru ingat..maaf ye *
wassalam


~mencari cinta Ilahi93~
teratak ASM indah
1.00am 20/5/2011

Friday, May 6, 2011

Pilihan Allah



assalamualaikum ..

ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..!!!


itulah yang terdetik dalam hatiku saat2 mengetahui result upu yang baru keluar pada 6 mei 2011 pkul 12 tengah hari ..mengikutku , pilihan Allah adalah yang terbaik n ianya adalah satu keputusan yang terbaik ! dimanakah saya akan pergi selepas ini ? di ipt manaka yang bakal saya tempuhi selepas ini ??


insyaallah 6/6 nanti saya akan teruskan perjalanan hidup saya demi Din Allah..saya akan cuba dan terus mencuba disana.. moga1 hati ini tetap istiqamah dalam tarbiyah2 islam ;) satu masa nanti insyaallah ana akan beritahu ke manakah perginya saya selepas ini ;)


( post yg pendek buat masa ni ) * mood driving ;)


* dan jazakillah khairan kathira buat sahabat ku dunia akhirat AISYAH NAZRI sebabnye dia la yang tolong check UPU saya begitu juga keputusan SPM hari tu..moga redha Allah bersamamu. jangan lupa ana sudah la, kita berjauhan selepas nie ;( moga kamu sntiasa dalam lindungan Ilahi..aminn



Wednesday, May 4, 2011

fikiran menjadi celaru ~





assalamualaikum...

hari yang penuh tanda soal didalam kepala..ketika saya sedang mesyuarat di tempat saya bekerja , tiba-tiba masuk 1 mesej daripada AQM ( akademi al-quran medic malaysia ) ..msej nya berbunyi


" AAssalamualaikum..alhamdulillah anda layak untuk ke Mesir .Surat tawaran dan lain2 yang berkaitan sedang dalam proses untuk diposkan kepada anda .Tahniah ! http://www.aqm.com/ " mendapat pengajian ulum islamiyah di sana..tetapi apa yg peningnye ? AQM nie under persendirian macam tu la, tp boleh minta tajaan mana2 katanya..hajatku bukan hendak ke Mesir.

Moga Allah permudahkan perjalanan hidupku..sesungguhnya Allah perancang yang terbaik..doakan saya mendapat ipta yang terbaikk buat diri saya ~ jzk ..wslm

Monday, May 2, 2011

Ketika Cinta Berbuah Syurga

Miss..misss.. this moment with my bff !!



Itqan gen 10 , Smik !! Ukhuwwah kita kerana Allah ! uhibbuki fillah


Di bumi Kurdistan , ada seorang raja yang adil dan soleh. Dia memiliki seorang putera yang tampan , pintar dan berani .Saat paling menggembirakan raja ialah ketika dia mengajar anaknya itu membaca Al-quran . Raja juga membacakannya kisah2 kepahlawanan para panglima dan tenteranya di medan pertempuran . Anak raja yang bernama Said itu sangat gembira mendengar kisah yang diceritakan ayahnya . Said yang masih kecil itu akan berasa kecewa apabila ayahnya sedang bercerita tiba-tiba ada orang yang menggangu.

Kadang kala , ketika asyik mendengar cerita ayahnya , pengawal masuk dan memberitahu bahawa ada tetamu penting yang mesti ditemui oleh raja .Raja tahu apa yang dirasakan anaknya itu.

Maka dia menasihati anaknya, " Said , anakku sudah tiba masanya untuk kau mencari teman sejati yang setia dalam suka dan duka . Seorang teman yang baik akan membantumu untuk menjadi orang yang baik, Teman sejati yang boleh diajak bercinta untuk Syurga "

Said tersentak dengan kata ayahnya .

" Apakah maksud ayah dengan teman yang boleh diajak bercinta untuk syurga ? " tanyanya dengan nada hairan

" Dia adalah teman sejati yang benar2 mahu berteman denganmu , bukan kerana darjatmu tetapi kerana kemurnian cinta itu snediri , yang tercipta dari keikhlasan hati . Dia mencintaimu kerana Allah . Kekuatan cinta kamu akan melahirkan kekuatan yang dahsyat yang membawa manfaat dan kebaikan .Kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan membawa kamu masuk syurga "



" Bagaimana cara mencari teman seperti itu ayah ? " tanya Said .

Ayahnya menjawab " Kau harus menguji orang yang hendak kau jadikan teman . Ada satu cara yang menarik bagi menguji mereka . Undanglah sesiapa pun yang kau anggap sesuai menjadi temanmu supaya bersarapan pagi bersamamu , dirrumah kita ini. Jika sudah sampai disini , jangan terus hidangkan makanan. Biarkan mereka lapar . Lihatlah apa yang mereka akan lakukan . Ketika itu rebuslah tiga biji telur. Jika dia tetap sabar , hidangkanlah tiga biji telur itu kepadanya . Lihatlah ! apa yang mereka akan lakukan .Itu cara yang paling mudah bagimu ,. Syukur , jika kau mengetahui perilakunya lebih dari itu . "

Said sangat gembira mendengar nasihat ayahnya . Dia pun mempraktikan cara mencari teman sejati yang aneh itu . Mula-mula dia mengundang anak-anak pembesar kerajaan seorang demi seorang . Sebahagian besar daripada mereka marah-marah kerana hidangannya tidak disajikan .Bahkan ada yang pulang dengan hati yang kesal. Ada yang memukul2 meja , ada yang melontarkan kata-kata tidak terpuji , memaki hamun kerana terlalu lama menunggu hidangan .

Antara teman anak raja itu , ada seorang bernama Adil .Dia anak seorang menteri . Said melihatnya seprti anak yang beik hati dan setia . Maka dia ingin mengujinya . Adil diundang untuk sarapan pagi . Adil memang lebih sabar daripada teman2 lain, dia menunggu keluarnya hidangan dengan setia

Setelah dirasa cukup , Said mengeluarkan tiga biji telur rebus itu . Melihat itu Adil pun berkata , " Hanya ini sarapn kita ? ini tidak cukup untuk perutku ! "Adil tidak mahu menyentuh telur itu dan terus pergi meninggalkan said sendirian . Said diam , Dia tidak perlu meminta maaf kepada Adil kerana meremehkan makanan yang disediakan dengan kedua tangnnya .Dia memahami bahawa Adil tidak belapang dada dan tidak sesuai menjadi teman sejatinya .

Hari berikuttnya dia mengundang anak seorang saudagar kaya . Tentu saja anak saudagar itu sangat gembira mendpat undangan sarapan pagi dari anak seorang raja . Malam harinya sengaja dia tidak makan dan melaparkan perutnya agar paginya dapat makan sebanyak mungkin. Dia membayangkan makanan anak raja pasti enak dan lazat .

Pagi2 lagi anak saudagar kaya itu datang menemui Said . Seperti anak2 pembesar sebelumnya , dia mesti menunggu waktu yang lama sampai makanan keluar . Akhirnya Said membawa piring dengan tiga biji telur rebus diatasnya .

" Ini makanannya . Saya kedalam dahulu mengambil air minum . " kata said seraya meletakkan piring itu diaatas meja .

Lalu , Said masuk kedalam . Tanpa menunggu lagi anak saudagar itu terus melahap satu persatu telur itu . Tidak lama kemudian , Said keluar membawa dua gelas air putih .Dia melihat keatas meja ternyata tiga biji telur itu telah tiada .Dia terkejut ,

" dimanakah telur nya ? " tanya said pada anak saudagar itu .


" Aku telah makan ."


" semuanya ?"

" ya ! aku habiskan kerana tersangat lapar "

Melihat hal itu , Said mengetahui bahawa anak saudagar itu juga tidak boleh dijadikan teman setia ,Dia tidak setia . Tidak dapat berkongsi suka dan duka bersama , Sesungguhnya Said juga belum makan apa-apa .

Said berasa kecewa dengan anak2 pembesar istana . mereka semua mementingkan diri sendiri . Tidak bersikap setia kawan ,Mereka tidak sesuai dijadika teman sejati . Akhirnya dia meminta izin kepada ayahnya untuk mencari teman sejati .

Akhirnya Said terfikir hendak mencari teman di luar istana . Dia berpeluang melewati hutan ,ladang , sawah , dan kampung2 untuk mencari teman yang baik.

Pada suatu hari yang cerah , dia bertemu dengan anak seorang pencari kayu yang berpakaian sederhana .Anak itu sedang memunggah kayu api.Said mengikutinya diam2 sehingga anak itu tiba di rumahnya . Rumah dan pakaian anak itu menunjukkan bahawa dia sangat miskin. Namun wajah dan sinar matanya memancarkan tanda kepintaran dan kebaikan hati . Anak itu berwuduk kemudian solat dua rakaat ,Said memerhatikannya dari balik rimbunan pokok.

Selesai solat , Said datang dan menyapa, " kawan , kenalkan namaku Said , Jika tidak keberatan bolehkan aku tahu namamu ? tadi kau solat apa? "

" Namaku Abdullah . Tadi aku solat Dhuha "

Lalu , Said meminta anak itu agar bersedia bermain dengannya dan menjadi temannya .Namun Abdullah menjawab " aku rasa kita tidak layak dan tidak sesuai menjadi teman . Kau anak seorang kaya malah mungkin bangsawan , sedangkan aku hanyalah anak orang miskin ,Anak seorang pencari kayu api "

Said menyahut.. " tidak baik kau berkata begitu .Mengapakau membeza2kn orang ?Kita semua adalah hamba Allah .semuanya sama , hanya takwa yang membuat seseorang itu mulia disisi Allah . Apakah aku kelihatan seperti anak yang jahat sehingga kau tidak mahu berkawan dengan ku ? mengapa tidak kita mencuba beberapa waktu dahulu? Nanti kau boleh menilai , adakah aku sesuai menjadi teman sejati mu .. "


" Baiklah , jika begitu kita berkawan . Akan tetapi dengan syarat , hak dan kewajipan kita bersama"
Said bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh anak pencari kayu api itu . sejak hari itu mereka bermain bersama, pergi ke hutan bersama,memancing bersama dan memburu bersama.Anak pencari kayu api itu mengajarnya berenang di sungai , menggunakan anak panah dan memburu di hutan. Said sangat gembira berkawan dengan anak pencari kayu api itu yang pintar ,rendah hati dan lapang dada dan setia . Akhirnya dia kembali ke istana dengan hati yang gembira .

Hari berikutnya anak raja itu berjumpa lagi dengan teman barunya.Anak pencari kayu api terus mengajaknya makan di rumahnya .Dalam hati Said berasa kalah sebab sebelum dia mengundang makan , dia telah diundang makan terlebih dahulu

Di dalam rumah itu mereka makan seadanya . sepotong roti ,garam dan air putih sahaja, Namun Said makan dengan lahap, Ingin sekali Said meminta tambahkalau tidak mengingat , siapa tahu anak pencari kayu api ini sedang mengujinya.Oleh yang demikian Said berasa syukurdan cukup dengan apa yang dierikan kepadanya.

Selesai makan Said mengucapkan Hamdalah dan tersenyum . Selepas itu mereka kembali bermain. Said mengetahui hal-hal baru di hutan, yang dia tidak pernah temui di istana.Ilmu ada dimana2 bahkan di hutan sekali pun.Hari itu Said dapat banyak pengalaman berharga .

Ketika matahari sudah condong ke barat .Said memberitahu sahabatnya itu bahawa dia mahu pulang .Tidak lupa Said mengundangnya makan dirumahnya untuk keesokan hari.Lalu dia memberikan secarik kertas kepada sahabatnya itu.

" Pergilah ke ibu kota , berikan kertas ini kepada tentera yang kau temui di sana. Dia akan menghantarmu ke rumahku "kata said sambil tersnyum..

" Insyaallah aku akan datang " jawab anak pencari kayu api itu.



Keesokan pagi itu , anak pencari kayu itu sampai juga ke istana.Dia sama sekali tidak menyangka bahawa Said adalah anak raja .Mulanya dia ragu-ragu untuk masuk ke istana,akan tetapi jika mengingat kebaikan dan kerendahan hati said selama ini , dia masuk juga.



Said menyambutnya dengan hangat dan senyum gembira . Seprti anak-anak sebelumnya yang hadir di ruang makan . Said pun menguji temannya itu. Dia membiarkan menunggu lama sekali . Namun anak pencari kayu api itu sudah biasa menahan lapar.Bahkan dia juga pernah tidak makan selama tiga hari.Kadang-kadang dia hanya makan daun mentah sahaja.Selama menunggu dia tidak memikirkan makanan sama sekali.dia hanya berfikir seandainya semua anak bangsawan sebaik anak raja ini, tentu dunia akan aman dan damai.



Selama ini, dia terdengar bahawa anak-anak pembesar suka membuat huru hara dan kacau bilau.Namun dia menemui anak raja yang bersopan santun dan soleh.



Akhirnya tiga biji telur rebus yang telah masak pun telah dihidangkan.Said mempersilakan temannya untuk makan dahulu .Anak pencari kayu api itu mengambil sebiji .Lalu dia mengupas kulitnya perlahan-lahan.Sementara Said mengupas dengan ceepat dan memakan telurnya..Akhirnya temannya selesai mengupas dan memakan telurnya..Said ingin melihat apa yang akan dilakukan temannya dengan sebiji telur itu.



Anak miskin itu mengambil pisau yang ada lalu dia membelah telur itu menjadi dua, yang satu dia pegang dan yang satu lagi dia berikan kepada Said. Said terus menangis terharu.Lalu Said pun memeluk anak pencari kayu api itu seerat2nya seraya berkata " Engkau teman sejatiku ! Engkau teman sejati yang kucari ! Engkau temanku masuk syurga ! "



Sejak itu , kedua-duanya berkawan rapat .Persahabatan mereka melebihi saudara kandung.Mereka saling sayang menyayangi dan saling menghormati kerana Allah s.w.t.



Kerana kekuatan cinta itu , mereka sempat mengembara bertahun-tahun bersama belajar dan berguru dengan ulama' yang tersebar di Ibrki,Syria,Iraq,Mesir dan Yaman.



Setelah berganti bulan dan tahun,akhirnya kedua-duanya menjadi dewasa.Ayah Said seorang raja yang adil meninggal dunia.Akhirnya Said diangkat menjadi raja bagi menggantikan ayahnya .Menteri yang pertama sekali dipilihnya adalah Abdullah , anak pencari kayu api itu.Abdullah pun benar-benar menjadi teman sperjuangan dan penasihat raja yang tiada duanya



Meskipun telah menjadi raja dan menteri ,kedua-duanya masih sering melakukan solat tahajud dan membaca Al-quran bersama.Kepintaran dan kematangan kedua-duanya mampu membawa kerajaan itu kepada kemajuan , kemakmuran dan kegemilangan . Baldatun Thayyibatun wa Rabbun Ghafur..

Dipetik dari buku cerpen " Ketika Cinta Berbuah Syurga "




~Mencari cinta Ilahi93 ~
6.45 Pm , Teratak indah ASM